Menu Utama

Kenyataan DoJ tidak tumpu perkara utama – Salleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, sebahagian besar kenyataan DoJ pada 20 Julai dan Khamis lepas menyebut tentang apa yang berlaku secara dalaman di Malaysia, dan sebahagian lebih besar tidak mempunyai kaitan dengan subjek sama ada jenayah telah dilakukan di AS seperti didakwa.

“Isu utama di sini bukan AS atau DoJ tetapi mereka memetik daripada aduan yang mereka terima. Jadi isu di sini ialah siapakah pihak-pihak yang membuat aduan itu kepada DoJ?,” Salleh mempersoalkan dalam blog beliau https://sskeruak.blogspot.my/ hari ini.

Beliau merujuk ke­pada tindakan un­dang-undang terbaharu yang difailkan oleh DoJ untuk mendapatkan kembali aset-aset yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Mengambil contoh mengenai campur tangan AS dalam politik Malaysia semasa tahun 1998 hingga 2003, Salleh berkata, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad sangat marah dengan AS kerana apa yang dikatakan campur tangan kuasa besar itu dalam politik Malaysia.

Salleh menarik perhatian bahawa Mahathir begitu kecewa sehingga menggelar Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Amerika dan pada 2003 Anwar menya­man New Straits Times kerana melaporkan perkara itu.

“Mahathir merungut apabila Anwar melawat AS, beliau diberi sambutan dengan tembakan 21 das walaupun beliau hanya Timbalan Perdana Menteri sedangkan sebagai Perdana Menteri, beliau tidak diberi sambutan permaidani merah yang sama.

“AS kemudian menggelar Anwar sebagai “Prisoner of Conscience” (tahanan politik) dan ini menimbulkan lagi kemarahan Mahathir,” kata beliau.

Salleh menyebut bahawa, bagi Mahathir, politik Malaysia adalah urusan dalaman Malaysia dan pihak luar tidak harus campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia.

Utusan






Leave a Reply

Threesome