Menu Utama

Kemelut FGV: Campur Tangan Kerajaan Tepat Pada Masanya

PENGALAMAN penulis dalam bidang korporat jelas membuktikan bahawa amalan “dinasihat berhenti” ini adalah perkara normal sekalipun perkara itu hampir tidak wujud dalam peraturan syarikat- tak perlu wujud dalam peraturan pun kerana secara teknikalnya ia bermaksud berhenti secara sukarela .  Hampir semua Pengarah Urusan/CEO yang penulis kenal secara peribadi, pernah sekurang-kurangnya sekali dalam kerjaya masing-masing melakukan itu.

Malah dalam kes seorang Pengarah Urusan yang penulis pernah bekerja dibawahnya, dia melakukannya berkali-kali – dari seawal 6 bulan pertama penulis berkhidmat dengan syarikat yang berkenaan sehingga banyak tahun selepas itu!!  Sudah tentu dengan alasan yang wajar pada pemikirannya dan dalam kebanyakan kes, pampasan yang sepadan diberikan.

Begitupun, berdasarkan pengalaman yang sama, penulis secara peribadi melihat majoriti insiden dinasihatkan untuk berhenti ini adalah lebih kepada untuk melindungi kesipuan individu yang dituduh terlibat, bukan syarikat!!  Ini persoalan menguruskan isu secara tertutup berbanding jika dilakukan mengikut prosedur berkaitan yang mana akan menjadi pengetahuan kepada lebih ramai orang disamping faktor masa, kelancaran pengurusan dan sebagainya.

Justeru, bercakap tentang kemelut melibatkan pengurusan tertinggi FGV ini, kita menyambur baik campur tangan kerajaan dengan meletakkan seorang berkecuali untuk memastikan situasi menang-menang bukan sahaja kepada semua yang terlibat tapi juga kepada golongan peneroka dan rakyat secara keseluruhannya.  Kerajaan jelas mahu melihat masalah ini diselesaikan dengan segera berbanding pembangkang yang mahu mengambil kesempatan politik.

Isu ini sebenarnya lebih kepada keputusan perniagaan, soal salah betul itu kemudian tapi jelas pada pandangan, ia adalah satu keputusan perniagaan.  Jadi masalah bila wujud sikap tidak profesional dari yang berkenaan dan diburukkan lagi oleh campur aduk politik pihak yang tidak ada kaitan langsung dengan organisasi.

Benda berkaitan bisnes ni nak politikkan buat apa?






Satu Komen to Kemelut FGV: Campur Tangan Kerajaan Tepat Pada Masanya

  1. sman says:

    FGV 2X 5 dgn 1MDB juga dah hampir jahanam semuanya beru mahu bertindak.Itu lembab namanya bukan tepat pada masanya.

Leave a Reply