Menu Utama

Kediaman penjawat awam (PPA1M) ditambah 100,000 unit lagi.

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) akan ditingkatkan daripada 100,000 unit kepada 200,000 unit pembinaan secara keseluruhannya di seluruh negara menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah tersebut sebagai usaha kerajaan untuk memastikan kebajikan serta keselesaan penjawat awam sentiasa terjaga. 


“Adalah menjadi impian dan idaman setiap insan lebih-lebih lagi mereka yang sudah berkeluarga untuk memiliki sebuah rumah yang bersesuaian dengan selera mereka.


“Saya anggap projek ini antara yang terbaik yang disediakan oleh kerajaan, beruntunglah mereka yang dapat rumah kediaman PPA1M Selasih ini,” katanya semasa berucap pada Majlis Serah Kunci PPA1M Selasih, Presint 17 di sini hari ini. 


Pada April 2013 lalu, kerajaan bersetuju membina 100,000 unit kediaman di bawah PPA1M di seluruh negara.


Harga PPA1M yang ditawarkan adalah lebih rendah daripada harga pasaran dan bernilai di antara RM150,000 hingga RM300,000 seunit mengikut keluasan. 


Nilai subsidi yang disediakan oleh kerajaan adalah di antara RM 25,000 sehingga RM38,000 seunit bergantung kepada keluasan.-UTUSAN ONLINE.






Leave a Reply

Threesome