Menu Utama

HSBC labur RM1b bangunkan ibu pejabat di TRX

HSBC, gergasi perbankan terbesar Eropah, melabur RM1.064 bilion (AS$250 juta) bagi rancangan membina ibu pejabat HSBC Malaysia di Tun Razak Exchange (TRX), di bawah komitmen membangunkan Malaysia sebagai hab kewangan ASEAN.

Langkah itu juga sekali gus menjadikannya sebagai bank asing pertama yang melabur di kawasan perbandaran termaju negara. Untuk tujuan itu, HSBC hari ini memeterai perjanjian jual beli dengan TRX City Sdn Bhd (TRX City) yang membabitkan pengambilalihan fasa pertama ruang pejabat dengan keluasan minimum 568,000 kaki persegi.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Mukhtar Hussain, berkata keputusan strategik melabur di TRX itu adalah satu kemajuan untuk HSBC, yang mana akan memantapkan lagi pelan pengembangan francais serta kehadirannya di negara ini. Katanya, kedudukan HSBC yang kukuh sebagai peneraju perbankan asing di negara ini serta rangkaian antarabangsa yang tiada tandingannya berupaya menjadi batu loncatan untuk kejayaan projek mega TRX. “HSBC menikmati kemakmuran 130 tahun kejayaan perniagaan di Malaysia meletakkan pasaran ini sebagai pasaran utama HSBC Group di peringkat global dan pelaburan ini akan mengukuhkan lagi pelan pertumbuhan kami di sini.

“Kerjasama antara HSBC dan TRX menunjukkan komitmen kami kepada pekerja, komuniti dan perniagaan di Malaysia dalam meletakkan negara ini sebagai peranan penting dalam strategi HSBC di ASEAN. “TRX terletak strategik di tengah-tengah pusat bandar Malaysia dan akan menjadi nadi kepada status Malaysia sebagai pusat kewangan serta perniagaan negara yang dijangka akan menarik banyak syarikat multinasional dan tempatan kelak,” katanya dalam satu kenyataannya di sini, tadi.

Berita Harian






Leave a Reply