Menu Utama

Gagal untuk menjawab hak bersuara dalam PPBM sudah mati

Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekali lagi mendesak kepemimpinan tertinggi parti tersebut supaya menjawab segala persoalan yang menjadi tanda tanya dalam kalangan akar umbi sebelum ini.

Exconya, Muhammad Hafiz Azhar berkata, kegagalan Tun Dr. Mahathir Mohamad menjawab tentang isu kekayaan luar biasa anak-anaknya serta skandal Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Nika Ghee bermakna hak untuk bersuara dalam PPBM sudah mati.

“Saya bersama ahli-ahli di peringkat akar umbi sekali lagi mendesak supaya isu terbabit dijawab dan jangan senyap begitu sahaja.

“Akar umbi mahu tahu apa yang sedang berlaku, bukan susah mereka hanya perlu jawab sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply

Threesome