Menu Utama

FGV Tidak Pernah Gagal Bayar Dividen Sejak Diapungkan

Serangan-serangan ke atas Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) hanyalah bermotif politik bukannya kerana kedudukan syarikat terbabit dalam keadaan tenat dan goyang.

Tidak seperti syarikat perladangan lain yang hanya menguruskan ladang secara profesional, FGV bukan sahaja diteliti oleh “pemain segmen perladangan” tetapi juga oleh ahli politik yang mahu mengambil kesempatan menjatuhkannya untuk keuntungan politik.

Jika diambil kira jumlah peneroka serama 112, 635 orang yang berada di bawah FGV, syarikat ini mungkin merupakan syarikat peladangan yang mempunyai paling ramai peladang dan pekerja di bawah tanggungannya.

Justeru adalah tidak adil membandingkan FGV dengan syarikat-syarikat peladangan lain yang diuruskan secara korporat sepenuhnya.

Serangan-serangan ke atas FGV sebenarnya bertujuan memberi imej negatif kepada Felda. Ini semua dilakukan dengan satu tujuan iaitu menimbulkan perasaan benci peneroka kepada kerajaan Barisan Nasional kerana peneroka felda menjadi undi penentu di hampir 55 buah kerusi Parlimen di seluruh negara.

Akibat serangan berterusan saham FGV pun merosot sehingga 60% daripada harga semasa disenaraikan. Kemerosotan harga saham berbanding harga IPO adalah lumrah dalam dunia saham hari ini. Justeru orang ramai mula terpengaruh bahawa FGV berada dalam keadaan tenat dan perlu diselamatkan.

Hakikatnya adalah berlainan sama sekali. Ramai yang lupa bahawa FGV di bawah kepimpinan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi, tidak pernah mengalami ke­­rugian sejak penubuhannya pada 2012 sehingga 2015.

Hanya pada 2016 FGV berhadapan kerugian apabila apabila terdapat ladang sawit yang ditenggelami banjir, kenaikan harga gula dunia dan banyak pelaburan utama mereka belum mendatangkan hasil yang sepatutnya.

Namun begitu perolehan FGV setiasa meningkat sejak diapungkan. Pada 2013 ialah FGV mencatatkan perolehan sebanyak RM 12.658 bilion, meningkat kepada RM 15.26 bilion pada (2014), RM 15.67 bilion pada 2015, Manakala pendapatan FGV pada 2016 ialah RM 17.3 bilion.

Pendapatan FGV sentiasa meningkat. Bagaimanapun komitmen FGV mengembangkan perniagaan dengan mengambil alih syarikat peladangan lain, mengimbangi kos harga gula dunia dan melaksanakan tanaman semula kelapa sawit yang lama telah menyebabkan keuntungan mereka berkurangan.

Namun sejak diapungkan pada 2012 sebagai apungan kedua terbesar di dunia selepas saham Facebook, Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tidak pernah gagal membayar dividen kepada semua pemegang sahamnya walaupun ketika ia berdepan situasi perniagaan mencabar seperti kejatuhan harga sawit dan kekurangan hasil buah akibat fenomena cuaca.






Leave a Reply