Menu Utama

DoJ: Tidak Ada Pemimpin Pakatan Yang Berani Sebut Nama Najib

SEJAK kenyataan DoJ (di dalangi Mahathir) mengenai harta yang kononnya dikaitkan dengan 1MDB mula menjadi isu beberapa hari lepas, pemimpin Bersatu adalah yang kehadapan sekali mesensasikan kenyataan yang tidak ada implikasi undang-undang sama sekali itu.  Nombor satu bersuara ialah Mahathir, diikuti Muhyiddin, orang Pakatan yang lain nampak kurang bernafsu nak sensasikan isu berkenaan.

Ini tidak menghairankan kerana mengikut laporan Malaysia-Today, Mahathir dan kunci-kuncunya adalah dalang disebalik laporan tersebut.  Kalau tak betul laporan Malaysia-Today tu, Mahathir boleh saman Raja Petra.  Ikut sifir Mahathir, kalau saman maksud tak betul (laporan itu), kalau tak saman maksudnya betul (laporan itu).

Berjuta-juta USD kata Raja Petra dibayar kepada firma pelobi yang berkenaan untuk memastikan kenyataan itu disiarkan.  Nampaknya, plot ini sama macam kes Scorpene di Perancis dulu, MO macam itu, yang terlibat pun masih orang itu.  Sudah tentu dengan perbelanjaan yang begini besar, pemimpin-pemimpin Bersatu harus menggunakan sebaiknya isu ini untuk kepentingan politik mereka sekalipun dalam masa yang sama krisis dalaman parti itu semakin membusuk macam najis yang diperam.

Namun jelas, laporan itu tidak banyak beza dengan laporan sama tahun lepas.  Ia hanya untuk buat gempar saja tapi dari segi implikasi undang-undangnya kepada Perdana Menteri, tidak ada langsung.  Maka tidak hairanlah dari semua pemimpin Pakatan yang bercakap tentang perkara tersebut, tidak ada siapa yang berani menyebut secara terus terang nama Perdana Menteri dan isteri, hanya berani guna terma MO1 itu saja.

Menariknya, kenyataan terbaru ini pun tidak sebut MO1 seperti mana kenyataan DoJ pertama dulu.

Hanya Muhyiddin saja mula-mula dipetik Malaysiakini menyebut nama isteri Perdana Menteri tapi difahamkan tidak sampai setengah jam selepas tajuk dengan nama isteri Perdana Menteri itu disiarkan, tajuk artikel tersebut diubah dan nama isteri Perdana Menteri dipadamkan.  Bukan itu saja, tak seorang pun pemimpin Pakatan berani sebut nama Perdana Menteri secara terang bila mengulas kenyataan DoJ tersebut, none.

Persoalannya kenapa?  Kalau rasa betul sangat Perdana Menteri dan isteri terlibat, sebut sajalah nama, apa yang dibimbangkan?  Tapi sebab semua tahu kenyataan DoJ itu tidak langsung mengaitkan Perdana Menteri, maka tidak ada di kalangan mereka ini yang berani menyatakannya secara terus terang, hanya berani main persepsi saja supaya macai dibawah fikir Perdana Menteri terlibat sedangkan hakikatnya tidak.

Dah ‘ter..sebut’ pun, cepat-cepat diubah balik sebab tahu akan papa kedana kalau kena saman.

Anyway, semua orang tahu Mahathir dalang dan tidak ada siapa yang mempedulikannnya melainkan Mahathir dan kuncu-kuncu.  Entah apa bodoh dalam kepala Mahathir ini, dia jelas hilangkan berpuluh billion duit rakyat dalam skandal Bank Negara, Perdana Menteri pula yang cuba dikaitkan dengan duit 1MDB yang tidak hilang.






Leave a Reply