Menu Utama

DOJ Tiada Bukti Jho Low Beli Berlian Bagi Pihak Rosmah

Oleh Ab Jalil Backer

1. Dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) bahawa Jho Low telah membeli 27 jenis perhiasan untuk isteri Malaysian Official 1 sangat meragukan dan kelihatan seperti mempunyai agenda politik berbanding pencegahan penggubahan wang haram.

2. Di bawah tajuk “LOW ARRANGED TO PURCHASE 27 ASSORTED GOLD NECKLACES FOR THE WIFE OF MALAYSIAN OFFICIAL 1 USING MISAPPROPRAITED DEUSCHE BANK LOAN PROCEEDS”, Halaman 228 dokumen saman tersebut, DOJ secara tidak langsung menggambarkan pembelian barangan kemas yang berharga jutaan ringgit tersebut untuk isteri Malaysian Official 1.

3. Berdasarkan keseluruhan affidavit saman DOJ, ramai membawa kesimpulan isteri Malaysian Official 1 ialah Datin Seri Rosmah Mansor. Ini kerana individu “Malaysia Official 1” dalam dokumen tersebut dikaitkan dengan Riza Aziz anak tiri Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.

4. DOJ mungkin mempunyai bukti bahawa semua barangan tersebut dibeli oleh Jho Low. Namun dalam dokumen setebal 251 halaman tersebut langsung tidak membuktikan sebarang penerimaan barangan tersebut oleh Rosmah.

5. Yang ada hanyalah kenyataan penjual bahawa beliau pernah dibawa oleh Jho Low bertemu beberapa orang termasuk “Wife of Malaysian Official 1”. Pertemuan tersebut bertujuan untuk menunjukkan barang-barang perhiasan permata yang kemudiannya dibeli oleh Jho Low.

6. Sebagai ahli perniagaan Jho Low akan melakukan apa sahaja untuk meningkatkan imej dan kredebiliti beliau. Ini termasuklah menggunakan pertemuan sosial dengan “isteri Perdana Menteri” dan tokoh perniagaan lain untuk meyakinkan mewujudkan profail diri yang kuat.

7. Selain “Wife of Malaysian Official 1”, Jho Low juga dituduh membeli barangan kemas berpuluh juta ringgit sebagai hadiah untuk kekasihnya (ketika itu), Miranda Kerr, dan ibunya.

8. Jadi Jho Low bukanlah proksi Rosmah seperti yang cuba digambarkan tetapi lebih kepada seorang ahli perniagaan yang membelanjakan wang beliau sesuka hati.

9. Sama ada wang yang dibelanjakan hasil penyalahgunaan dana 1MDB atau tidak adalah sesuatu yang perlu dibuktikan lagi kerana dalam keseluruhan dokumen DOJ hanya menyatakan “dipercayai” dari dana 1MDB yang diselewengkan kepada beberapa pihak. Tidak ada transaksi secara langsung antara 1MDB dengan pembelian-pembelian yang didakwa.

10. Namun yang paling penting untuk kita menerima pertuduhan bahawa Jho Low membeli barangan kemas BAGI PIHAK Rosmah ialah menunjukkan bukti ada penerimaan bagi pihak Rosmah sendiri.

11. Malangnya, tidak ada sebarang bukti Jho Low membeli bagi pihak Rosmah. TIDAK ADA sebarang bukti dinyatakan DOJ bahawa Rosmah menerima atau memiliki barangan tersebut.

12. Justeru kita harus bertanya apa motif DOJ membuat kaitan terbabit? Dalam apa-apa kes, afidavit saman bukan bukti. Pendakwaraya juga bukan malaikat. Apatah lagi jika pendakwaraya terbabit dari negara “Uncle Sam” yang terkenal dengan sikap “tembak dulu baru tanya”

13. Di Amerika Syarikat sendiri, “4.1 percent of defendants who are sentenced to death in the United States are later shown to be innocent: 1 in 25.” Ini statistik kes membabitkan nyawa manusia dan tiada agenda politik. Bayangkan dalam hal-hal yang menguntungkan US dari segi politik dan kewangan seperti memburukkan Perdana Menteri Malaysia

14. DOJ dalam jawapan kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini menyatakan, “No conclusions should be drawn, one way or another, about the status of individuals or entities simply because they are named in the documents.”-MYKMU.NET






2 Komen to DOJ Tiada Bukti Jho Low Beli Berlian Bagi Pihak Rosmah

  1. geekpuk2 says:

    Alhamdulillah

    Sayang betul MyKMU dekat Jho Low ya.

    Patriot bangsa dan Negara ini perlu kita pertahankan dari fitnah pembangkang

  2. Memang Baik says:

    Satu suasana yang semua cara jadi tak betul. Diam salah. Berbunyi jugak jadi salah. Kalau diam mereka tanya kenapa diam…takut ke. Kalau berbunyi lebih mereka kata yang berbunyi lebih itu sudah mula mengelabah.

    Kalau dulu semua macam benda yang datang dari luar itu salah dan tak betul. Sekarang apa yang datang dari luar terutama dari polis dunia, amerika itu satu yang tepat dan betul. Bagaimana boleh jadi betul jika ketiadaan bukti. Semua orang boleh bercakap jika tidak dimintak bukti.

    Selepas gempak dan gembur… saman nya bila ? saman lah, mulakanlah pendakwaan, kenapa tak ada? Kerana pendakwaan hanya boleh dibuat bersama bukti. Tak ada siapa yang boleh dibukti sekadar dengan persepsi. Mereka sedar mereka hanya boleh menyalak. Gigit tak boleh.

Leave a Reply