Menu Utama

DoJ: Kenyataan Lagi, Pendakwaannya Mana?

MEDIA pro pembangkang begitu seronok mensensasikan kenyataan terbaru Jabatan Keadilan Amerika (DoJ) berhubung tindakan undang-undang yang kononnya berkaitan dengan 1MDB.  Ini adalah kali kedua kenyataan seumpamanya dibuat.

Hairannya tu, yang kali pertama tahun lepas tu pun kita tak tahu perkembangannya macam mana, dah keluar yang baru pulak.  Kenyataan demi kenyataan, pendakwaannya mana?  Nak tuduh sesiapa bersalah atau tidak perlu ikut proses Mahkamah, bukan kenyataan media oleh DoJ!!

Nampak sangat ada unsur-unsur politik melalui pelobi-pelobi yang boleh dibayar, bukan ada salah sama sekalipun dilakukan oleh pihak yang didakwa terbabit.  Ada yang berkata kepada penulis, Mahathir pergi Jepun baru-baru ni bukan saja-saja, adalah siapa yang dia berjumpa tu.  Lagipun, hubungan Mahathir dengan pelobi Amerika bukan baru kerana dia pernah membayar USD 1.2 juta untuk berjumpa Presiden Bush semasa jadi Perdana Menteri dulu.

Ironinya, tak lama lepas dia balik, dah keluar yang ini pulak – hampir setahun selepas kenyataan yang pertama dibuat.  Mereka katalah, penulis cuma menyampaikannya saja.

Apapun, berbanding kenyataan pertama, rakyat tidak begitu teruja dengan kenyataan kedua ini.  Benda sama cuma diolah dengan cara berbeza.  Yang disebuttkan semua kemungkinan, nak kata betul-betul berlaku macam yang disebut tu, takde pasal buktinya pun takde juga.

Rakyat kita nak terima bukti saintifik DNA jumpa 4cm dalam dubor pemuda pun susah, ini pulak lagi nak percaya kenyataan ‘tala’ macam ini saja ke?






2 Komen to DoJ: Kenyataan Lagi, Pendakwaannya Mana?

  1. System baru says:

    dah setahun lebih doj buat kenyataan tapi pendakwaan tak ada

  2. anor says:

    Tu semua fakta bohong belaka…sengaja nak mengaruhi massa yang kurang cerdik…..kaedah begini sudah menjadi rutin pada segelintir individu/kelompok berkepentingan ekonomi politis untuk mendapat simpatisan massa yang bebal mengalahkan Pak Pandir & Pak Kadok.

    Kaedah membohongi massa secara acapkali adalah strategi paling ampuh untuk mendapat sokongan massa yang kurang menggunakan akal yang sehat…….!!!!

Leave a Reply