Menu Utama

Cukai Pelancongan: Mengapa Gelojoh dan Rakus Sangat?

Oleh Ab Jalil Backer

Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri Pelancongan Malaysia

Tindakan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menempelak rakan sejawat Menteri Pelancongan Sarawak, Dato Abdul Karim Rahman Hamzah sebagai “baru setahun jagung” dan “jahil” sangat memalukan dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Abdul Karim berhak mempertikaikan cukai pelancongan yang dikenakan oleh Kementerian Pelancongan ke atas hotel-hotel di negara ini terutamanya di Sarawak dan Sabah kerana kutipan cukai seperti selalunya di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan Negeri.

Mengapa Kementerian Pelancongan begitu beria-ria melaksanakan kutipan cukai ini dalam masa terdekat merupakan satu misteri.

Alasan ia telah diluluskan oleh Parlimen tidak memadai untuk menghalalkan untuk Menteri Persekutuan hina rakan sejawat dari Sarawak.

Alasan ia telah diluluskan oleh Parlimen sahaja tidak sepatutnya untuk mewajarkan kontroversi ini ketika kita akan berhadapan pilihan raya beberapa bulan akan datang.

Apakah alasan sudah diluluskan Parlimen sahaja sudah mencukupi untuk kita tidak boleh mempertikaikannya lagi?

Anehnya, bacaan kali pertama dibuat pada bulan April lepas dibentang dan diluluskan pada jam 3 pagi dengan 70 klausa. Dan tiga bulan kemudian sudah diwartakan untuk pelaksanaannya. Gelojoh sungguh hendak kutip duit buat pegawai promosi pelancongan berjalan.

Pertanyaa lebih serius ialah mengapa semua rakyat yang menginap di hotel perlu bayar sedangkan kami telah membayar GST dalam transaksi yang sama?

Sewajarnya tiada cukai pelancongan kerana Malaysia berusaha menarik pelancong bukannya terlebih pelancong seperti sesetengah negara.

Namun jika mahu dikenakan pun, cukai ini sewajarnya dikenakan kepada pelancong asing sahaja bukan kepada semua rakyat Malaysia yang telah membayar GST, cukai pendapatan dan cukai korporat.






5 Komen to Cukai Pelancongan: Mengapa Gelojoh dan Rakus Sangat?

  1. esamanja says:

    Kami rakyat malaysia menginap di hotel bukan tujuan melancong semata-mata.

  2. system baru says:

    Kami nak tanya ini cukai itu 2.50sen dan 6.50sen
    Ikut jenis bilik ke?
    Aku tak faham dengan cukai yg nazri bentangkan ini

    Sepatut Nazri terangkan di hotel dan tampal macam mana harga cukai nak bayar
    Barapa rm? bilik single, Double Room,triple room,Quads room,Standard room, pan house dan lain lain

    Kalau ada cukai keliru seperti 2.50sen dan 6.50sen standard apa cukai apa nazri pakai ini lebih cakap letak 2.50sen untuk semua jenis bilik je

  3. sman says:

    Dah lama Nazri ni bersikap seperti bukan seorang Menteri,biadap,celupar ,ego dan sombong ,tapi PM Najib buat tak nampak saja . Mengapa?.Elok sangatlah kalau kerana sikap orang macam Nazri ni nanti Serawak dan Sabah akhirnya meninggalkan BN.Sama juga macam Isa di FGV,sayang sangat kat dia ,orang Felda ramai-ramai sokong Pas,pada muka Umno/BN.

    Kalau nak kira untung rugi nya dari sudut politik, kesan negetif jika di tendang orang Macam Nazri dan Isa tu ,jauh lebih kecil dari kalau Serawak ,Sabah dan Felda menolak Umno/BN kerana menyimpan mereka berdua.Takan itu pun PM Najib tak pandai buat perkiraan?.Dah berjaya belayar jauh menempuh badai dan ribut kencang selama ini ,tapi akhirnya bila tiba hampir dgn daratan ,kapal tengelam kerana bocor kecil yg dibiarkan tanpa tindakan.Macam mana?.

  4. JokerJoe says:

    Banyak sangatkah Nazri menyimpan rahsia pemimpin2 tertinggi UMNO hingga tak siapa pun yg berani menegur dia? Banyak kata2 dan perilaku dia dan anaknya di masa lepas telah menjana kebencian terhadap pemimpin kerajaan dan ini boleh membawa akibat buruk di PRU nanti

  5. Ann says:

    Cari jalan berbaik2 kan bagus. Orang Islam janganlah asyik nak berpecah je. Puak kafirun dok tunggu je nak rampas kuasa.

Leave a Reply