Menu Utama

Cukai Pelancongan: DAP Dah Buat Lama

PAKATAN (bukan DAP) mendakwa kedudukan kewangan kerajaaan sedang dalam keadaan tenat bila memperkenalkan cukai Pelancongan yang dijangka bermula bulan depan.

Entah bagaimana hasil tambahan dijangka sebanyak RM 654 juta lebih kurang ini, mampu menyelamatkan kewangan negara jika betul ia sedang berada dalam keadaan tenat seperti yang di dakwa mereka?  Sebagai perbandingan, bajet Kerajaan persekutuan untuk tahun 2017 adalah sebanyak RM 260 billion!!

RM 654 juta ni tak sampai satu persen pun dari keseluruhan jumlah tersebut.

Apa pun dalam masa yang sama, apakah puak-puak ini terlupa bahawa DAP di Pulau Pinang telah lama memperkenalkan cukai pelancongan ini dengan nama cukai katil seawal 2014 lagi. Tak pulak kita dengar sesiapa dari Pakatan mendakwa pengenalan cukai ini tanda kerajaan negeri Pulau Pinang nak bankrap?

Nama itu berbeza tapi kriteria cukai dikenakan, sama saja – ikut bilik dan berapa malam menginap.  Selain Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu juga turut mengenakan cukai yang hampir sama.

Memandangkan perkara ini telah dibahaskan di peringkat parlimen, kita tidak mendengar mana-mana ahli parlimen Pakatan termasuk wakil tunggal Bersatu Muhyiddin Yassin membantah perkara tersebut?  Tak faham kenapa mereka menjadikannya isu sekarang, adakah cuba mengambil kesempatan dari pertelagahan antara dua Menteri Pelancongan yang hebat dibincangkan sekarang?

Nak cakap ni (tanpa menyebelahi mana-mana pihak), pertelagahan itu bukan sangat tentang apa yang dicakapkan (cukai pelancongan) tapi tentang bagaimana ia dicakapkan.  Lama-lama nanti selesailah tu.

Yang pentingnya jangan kelirukan rakyat konon cukai ni tanda kewangan negara tenat, tak betul cerita tu.






2 Komen to Cukai Pelancongan: DAP Dah Buat Lama

  1. sman says:

    Sebab itu lah sepatutnya cukai ni tak perlu di kenakan,ciput je jumlahnya .Adakah cukai ni di perkenalkan merupakan cubaan kawan rapat LGE tu nak jatuhkan imeg PM Najib yg masih pun belum beres dgn kemarahan rakyat berkaitan dgn GST?.Pelancungan merupakan aktiviti ekonomi yg boleh menjana pendapatan segera pada negara,jadi janganlah takut nak berbelanja utk promosi (tapi misti secara berhemah) dan jangan juga cepat nak mengenakan cukai utk dapat untung segera.Lagi pun cara perlaksanaannya macam terlalu memaksa dan dgn lagak samsing yg di tunjukan oleh menteri berkaitan bertambah lah celarunya imeg kerajaan.

  2. System baru says:

    Kalau nak buat kena tunjukan hasil nya kalau tahap promasi teruk tak guna juga
    Kita lihat apa terjadi cukai katil guan end itu ‘duit cukai katil dia songlap dalam kocek guan end

Leave a Reply

Threesome