Menu Utama

Biar kita miskin hina asal kaya jiwa

Oleh Kang Nasir

Pesan org tua OKU masa admin kanak2 dulu.
“Biarlah kita miskin harta benda jangan sampai miskin akal. Biarlah kita miskin hina dikeji dihina asalkan kaya jiwa.”

Dan Almarhum titip doa utk kita amalkan yang mana doa ini tidak pernah diajar oleh #PakLebai ulama politik dan ustaz-ustaz ilmuan-ilmuan #PakWahab kerana mereka takut miskin didunia. Doa Rasulullah saw itu begini.

“Allahumma ahyinii miskiinan, wa amitnii miskiinan, wahsyurnii fii jumratil masaakiin”.
“Artinya : Ya Allah ! Hidupkanlah aku dalam keadaan miskin, dan matikanlah aku dalam keadaan miskin, dan kumpulkanlah aku (pada hari kiamat) dalam rombongan orang-orang miskin”.
(Hadits ruwayat Ibnu Majah (no. 4126)

Pesanya lagi. “Jangan takut miskin. Takutlah jauh dari limpahan rahmat Allah.”

Kaya jiwa yg dimaksudkan itu adalah dari pesan Rasulullah saw dalam hadis berikut.

ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺃَﺣْﻤَﺪُ ﺑْﻦُ ﻳُﻮﻧُﺲَ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺃَﺑُﻮ ﺑَﻜْﺮٍ ﺣَﺪَّﺛَﻨَﺎ ﺃَﺑُﻮ ﺣَﺼِﻴﻦٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﺻَﺎﻟِﺢٍ ﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻫُﺮَﻳْﺮَﺓَ ﻋَﻦْ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲِّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻗَﺎﻝَ ﻟَﻴْﺲَ ﺍﻟْﻐِﻨَﻰ ﻋَﻦْ ﻛَﺜْﺮَﺓِ ﺍﻟْﻌَﺮَﺽِ ﻭَﻟَﻜِﻦَّ ﺍﻟْﻐِﻨَﻰ ﻏِﻨَﻰ ﺍﻟﻨَّﻔْﺲِ
Ahmad bin Yunus telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Bakr telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hashin telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. beliau berkata: “Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa.”
(Riwayat Imam al-Bukhari)

Kami antara jutaan warga miskin amat berterima kasih dengan segala bakti dan usaha walau dihujani FITNAH-FITNAH iblis-iblis Dajal-dajal laknat yang hidup mewah walau berserban berjubah merasakan mereka hidup susah mengajak kami ikut mereka menjauhi rahmat Allah. Dan kami sentiasa mendoakan semoga Allah memberkati usaha PM dan mempermudahkan segala urusan PM.

بسم الله الرحمن الرحيم
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

“Rabbi auzi’ nii an asykuro ni’matakal latii an’amta ‘alayya wa ‘ala waalidayya wa an a’mala shoolihan tardloohu wa adkhilnii birohmatika fii ‘ibaadikash sholihiin.”
Artinya:
“Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal shlaih yang Engkau ridloi; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu kedalam golongan hamba-hamba-Mu yang shalih”.
(An-Naml: ayat 19)

Aamiin






Leave a Reply

Threesome