Menu Utama

Armada Buktikan Keputusan UMNO Tepat Singkirkan Pengkhianat

Penulis tersenyum puas apabila mendapat tahu bahawa sayap pemuda PPBM yang dipanggil Armada menegaskan tentang Exconya yang bakal berdepan tindakan disiplin gara-gara mempersoal Pengerusi dan Presiden parti itu.

Bukan besar sangat yang diminta Exco Armada itu. Dia hanya mahu Pengerusinya menjelaskan tentang kekayaan anak-anaknya yang dikatakan bersifat ‘luar biasa’. Perkara itu bukan suatu yang rahsia jika dilihat dari sudut realistik kerana ramai yang sudah mempertikai hal itu.

Presidennya pula diminta supaya memperjelas tentang dakwaan yang memalitkan dirinya dengan satu skandal bersama seorang wanita. Mungkin Exco itu tiada jawapan untuk diberi kepada orang ramai berkenaan isu itu, bukan?

Cuma salahnya Exco Armada itu, dia mempersoalkan isu-isu membabitkan Pengerusi dan Presidennya di khalayak umum di mana ia merupakan satu tindakan yang sama pernah dilakukan oleh Presiden dan Timbalan Presidennya ketika di dalam UMNO sebelum ini!

Armada mahu Exconya bersuara mengikut saluran yang betul dan tidak terbuka di khalayak ramai. Jadi, ia akan menjejaskan imej Pengerusi, Presiden dan institusi kepimpinan parti, sekaligus mengaibkan nama PPBM di mata rakyat, bukan?

Benar. Cara itu memang salah dan tidak wajar. Maka kerana itulah juga, Presiden dan Timbalan Presiden PPBM disingkirkan dari jawatan utama kerajaan ketika mereka di dalam UMNO dulu. Itu memang jelas dan sudah diperjelaskan.

Kerana disingkirkan dari jawatan parti itulah mereka ‘meroyan’ serata negara memburuk-burukkan Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan kepimpinannya, bukan? Padahal ketika itu mereka masih lagi ahli UMNO, bukan?

Bila keadaan memuncak dan merasakan diri sudah terlalu ‘besar kepala’, mereka bagaikan mengundang supaya tindakan disiplin dikenakan terhadap mereka. Jadi, parti perlulah membuat keputusan menyingkirkan mereka dari parti bila sudah melampaui batas!

Sekiranya Armada benar-benar jantan dan menyokong tingkah laku Presiden serta Timbalannya, maka sewajarnya sayap PPBM itu memuji tindakan Exconya, bukan dengan mengambil tindakan disiplin. Namun apa yang berlaku menunjukkan sebaliknya, bukan?

Oleh itu, jelaslah bahawa Armada mengakui kebenaran tentang tindakan UMNO menyingkirkan dua pemimpin utama PPBM sebelum ini dari parti. Itu memang resmi parti yang berkonsepkan jemaah. Jadi mengapa pertikai bila kedua mereka disingkir dulu?

Pada hemat penulis, nampaknya PPBM hanya berpaksikan retorik semata-mata. Mereka punya agenda tersembunyi dan bukan bersandarkan pada apa yang mereka perkatakan kepada orang kampung di dalam ceramah-ceramah politik mereka.

Maka tidak mengejutkan bila ramai ahli dan pemimpin akar umbi PPBM yang mula celik dan sedar betapa ‘plastik’nya perjuangan parti ‘cap bunga’. Jadi, jangan salahkan UMNO jika ramai yang keluar parti kerana mereka berbuat demikian memang kerana sudah bosan dengan pembohongan dan lakonan yang menjijikkan…






2 Komen to Armada Buktikan Keputusan UMNO Tepat Singkirkan Pengkhianat

  1. Dkds says:

    Perangai buruk mereka yang hanya nampak kesalahan orang lain tapi tidak mencerminkan diri sendiri

  2. Pemerhati says:

    aku percaya budak masih berhingus itu akan diarah oleh si tua kutuk untuk memberitahu(ugutan) sayap/exco pemuda parti cap bunga supaya berkata UMNO upah suruh buat 2 tuntutan pertanyaan(tentang kekayaan luarbiasa anak2 si tua kutuk & tentang skandal si sembab dengan nika gee) itu jika mereka tidak mahu dipecat untuk dapat terus kekal(bersama jawatan) dalam parti

    sekiranya ‘dibolayan\'(maknanya sedikit pun tak rasa takut) ugutan itu & tiada apa2 pemecatan berlaku ianya bermakna si tua kutuk takde teloq(takut nak arah suruh pecat) kerana kalau pecat ianya memberi gambaran kepada rakyat bahawa bahtera parti cap bunga semakin teruk pecah berlubang disana sini yang boleh menyebabkan karam menjadi lebih cepat

    kalau sayap/exco pemuda parti cap bunga mempunyai prinsip yang lebih berwibawa, mereka tidak akan membuat & membiarkan diri mereka sampai terpaksa dipecat…mereka harus ada ‘dateline’ yang telah ditetapkan tentang bila mereka akan isytihar keluar dari parti cap bunga sekiranya 2 pertanyaan mereka itu tidak dijawab…lebih cepat isytihar keluar parti akan dilihat lebih berwibawa prinsip mereka itu, kalau lama2 gitu orang akan kata berjaya lagi nampaknya si tua kutuk suruh ‘duduk diam’ dengan pemberian dedak

Leave a Reply