Menu Utama

5,000 jangka sertai #QuranHour di Putrajaya

Lebih 5,000 orang dijangka menyer­tai program tahunan World #Quran­Hour dan ­Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pukul 12 tengah hari, 19 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Marhaini Yusoff berkata, Sultan Perak, Sul­tan Nazrin Muizzuddin Shah turut ber­kenan berangkat ke program selama sejam itu yang bermatlamat untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalam al-Quran.

“Setakat ini kira-kira 5,000 orang telah mengesahkan kehadiran untuk menyertai #QuranHour di Putrajaya. Jumlah ini dijangka meningkat ke­rana masih ramai menunjukkan minat. Ka­mi turut mendapat pengesahan­ penganjuran program ini di semua negeri. Lokasi-lokasi utama penganjuran itu akan diumumkan tidak lama lagi.

“Selain itu, rakyat Malaysia yang berada di Perth, Austra­lia; Chicago serta Washington, Amerika Syarikat (AS) turut mengesahkan akan menganjurkan #QuranHour di lokasi masing-masing,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 50 rakyat Malaysia yang sedang melaksanakan um­rah turut akan melaksanakan ta­waf sunat semasa Malaysia #QuranHour yang dipimpin oleh Penasihat Modul Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Hasnil Abu Bakar di Mekah 
nanti.

“Kami menjangka dapat mencapai sasaran kira-kira 10,000,000 orang membaca al-Quran serentak dalam tempoh satu sejam di seluruh dunia,” katanya.

Dalam pada itu Marhaini berkata, orang ramai yang berminat menyertai program itu di Putrajaya diminta datang sea­wal 10 pagi dengan membawa al-Quran masing-masing.

Jelasnya, peserta juga diingatkan supaya mengelak memakai pakaian berwarna ku­ning.

Menurut beliau, orang ramai juga digalakkan turut menyertai program ini di lokasi masing-masing termasuk di pejabat, rumah dan sekolah sama ada secara berseorangan atau beramai-ramai.

“Kirimkan gambar-gambar penganjuran program ini di media sosial dengan menggunakan hashtag #QuranHour untuk tujuan pengukuran dan rekod penyertaan dalam program ini secara keseluruhan,” katanya.

Utusan






Leave a Reply

Threesome