Menu Utama

15 janji belum ditunaikan Dap sejak 2008

Gerakan dakwa 15 janji belum ditunaikan DAP sejak 2008

Parti Gerakan men­dakwa DAP ma­sih belum menunaikan janji-janji sejak mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang selepas pilihan raya umum 2008.

Naib Presiden Ge­­­­ra­kan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mendakwa, terdapat 15 janji yang pernah diberikan pemimpin-pemimpin DAP kononnya untuk kesenangan penduduk Pulau Pinang namun tidak pernah dilaksanakan malah menambah beban rakyat.

Sebagai contoh, jelasnya, DAP pernah mengeluarkan janji tidak akan menaikkan tarif air namun perkhidmatan tersebut telah dirombak dan harga dinaikkan sebanyak empat kali sejak 2009.

“Hal sama berlaku apabila kerajaan negeri Pulau Pinang pada 2014 berjanji tidak akan menaikkan cukai pintu, lesen perniagaan, bayaran perkhidmatan dan cukai tanah tapi semuanya hanyalah janji kosong.

“Rakyat perlu me­lihat dan menim­bang pihak mana yang gagal mengotakan janji dalam mentadbir kerajaan. Buatlah pertimbangan da­ripada apa yang berlaku,” katanya da­lam sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Guan Eng kelmarin menu­duh Barisan Nasional gagal mentadbir negara selepas DAP diminta mengesahkan berlakunya peningkatan kos-kos melibatkan beberapa projek besar di Pulau Pinang bagi menampung kewangan negeri itu.

Dominic berkata, projek sistem monorel merentasi bahagian pulau bertujuan memudahkan perjalanan yang dijanjikan oleh DAP pada 2008 tetapi sehingga kini tiada berita mengenai perancangan atau pelaksanaannya.

“Situasi sama juga dapat dilihat dalam memelihara alam sekitar, projek terowong dasar laut, penyediaan laluan khas untuk bas, rumah mampu milik selain menyelesaikan ke­sesakan lalu lintas di bahagian pulau yang semakin bertambah buruk dari setahun ke setahun,” ujarnya.,

Menurut beliau, DAP juga berjanji akan mendengar suara hati rakyat dan mempertahankan kebebasan media dan telus dalam pentadbiran namun apabila pihaknya cuba mendapatkan maklumat mengenai semua projek kerajaan negeri, ia tidak dihiraukan oleh mereka.

Utusan






Leave a Reply