Menu Utama

June, 2017

 

LEMBAYUNG SILATURRAHIM 1MALAYSIA ASAS KEJAYAAN RAKYAT DAN NEGARA

YAB PM NAJIB RAZAK:- 24 Jun 2017 Tajuk: Perutusan Hari Raya Aidilfitri 1438H/2017M YAB Perdana Menteri PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017 OLEH YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA BERTEMAKAN: LEMBAYUNG SILATURRAHIM 1MALAYSIA ASAS KEJAYAAN RAKYAT DAN NEGARA Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nasta’in, Allahumma Solli A’la Saidina Muhammad wa A’la Ali Saidina Muhammad, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia, 1. Didahulukan, dengan menyebut kalam suci, gema takbir membesarkan keagungan Ilahi, seraya lafaz tahmid disusuli, bagi menandakan bahawa telah datangnya saat kemenangan,Baca Lagi


Pakat Tipu Rakyat, Nak Rasmi Nama Pun Liat

TIGA kali penangguhan dalam tempoh sebulan untuk mendaftarkan nama Pakatan Harapan sebagai pertubuhan rasmi untuk berlawan depan berdepan dengan BN dalam PRU14 yang akan datang, bukanlah begitu mengejutkan sangat.  Malah jangan terkejutlah kalau lepas raya pun tak akan daftar juga. Kena ingat tu, raya ada banyak raya, raya mana satu yang Azizah maksudkan?  Pilihanraya ke? Cakap dengan suku sakat Anwar ni kena betul sikit, dia berbelit banyak. Apa pun, cerita penangguhan ini bukan dilihat dari sebulan yang baru ini saja, sebetulnya dah lama – lama sebelum Mahathir tubuhkan PPBM pun.Baca Lagi


DENDA KE ATAS BANK ROTHSCHILD LEBIH TEPAT DIKAITKAN DENGAN IPIC, BUKAN 1MDB

Oleh Tun Faisal Ismail Aziz 1. Sumber paling awal melaporkan mengenai Bank Edmond de Rothschild Luxembourg didenda oleh pihak berkuasa negara itu adalah Reuters. Sumber-sumber lain hanyalah versi ‘copy and paste’ secara penuh ataupun dengan sedikit olahan. 2. Menggunakan tajuk “Private bank Rothschild fined”, Reuters melaporkan “Luxembourg watchdogs have fined the local arm of Swiss private bank Edmond de Rothschild for its handling of funds linked to scandal-hit Malaysian investment fund 1MDB, a source familiar with the matter said on Thursday.” 3. Reuters juga menyebut, “the authorities and the bankBaca Lagi


Guan Eng perlu mohon maaf kepada Tan Seng Giaw

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng ditempelak supaya mengakui kesilapan dan memohon maaf kepada Ahli Parlimen DAP Kepong, Tan Seng Giaw. Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Rahmad Isahak berkata, tindakan itu perlu memandang­kan Guan Eng dilihat seolah-olah memperlekeh teguran ikhlas Seng Giaw yang juga veteran DAP dalam isu kehancuran alam sekitar yang semakin serius di negeri itu. Menurut beliau, teguran kritikal Seng Giaw memberi gambaran jelas yang Kerajaan DAP Pulau Pinang telah gagal memberikan keutamaan dalam soal pemba­ngunan sehingga merosakkan alam sekitar serta bukit tanpaBaca Lagi


Tun Mahathir dan Pengundi Kubang Pasu

oleh Ab Jalil Backer Selepas 14 tahun tidak mengadakan majlis berbuka puasa di Kubang Pasu, tahun ini Tun Mahathir baru teringat kepada rakyat di kawasan yang pernah mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun. Lebih menyedihkan Tun panggil orang berbuka puasa pun bukan niat hendak sedekah atau mengenang jasa pengundi beliau, tetapi kerana mahu sokongan mereka lagi. Ucapan sebelum berbuka puasa pun mengutuk pemimpin negara. Agak-agak apalah nasib puasa mereka yang hadir dalam majlis tersebut. Di saat akhir sebelum berbuka percuma terpaksa mendengar umpatan dan fitnah. Selepas 14 tahunBaca Lagi


Pakatan Harapan Hancur Bila Permusuhan Anwar Dengan Mahathir Berdarah Kembali

Pakatan Harapan telah menangguhkan pendaftaran mereka dengan ROS. Organisasi belum selesai. Logo belum siap. Calon PM pun tidak capai kata sepakat. Wan Azizah berkata pada 22 Jun 2017, bahawa Pakatan Harapan tidak akan didaftar dalam masa terdekat ini kerana tiada konsensus di antara empat parti itu. “Terpulang pada kitalah, sesiapa yang mendapat majoriti akan menjadi PM. Kita menang dahulu kemudian baru bercakap siapa akan jadi PM” kata Wan Azizah. Ayat ini sebenarnya hendak menyindir parti Mahathir yang hanya ada satu kerusi sekarang, tetapi berlagak hendak jadi ketua dalam PH. PakatanBaca Lagi


“Kebebasan Bersuara” Dalam PPBM Jadi Bahan Ketawa Rakyat

UMNO tidak ada satu sen saham pun dengan pertelingkahan dalaman di kalangan Exco dalam Pemuda PPBM hari ini sekarang seperti mana yang dituduh seorang budak mentah parti itu  dalam satu sidang media kelmarin – tanggapan ini perlu dibetulkan.  Bersatu ialah sebuah parti yang lahir dari benih dendam dan benci maka tidak hairan kalau hasilnya pun berterabur macam taik kambing. Hakikatnya, akibat kurangnya disiplin, kebebasan bersuara yang diwar-warkan pemimpin-pemimpin asal PPBM ketika mereka mula menubuhkan parti itu dulu telah disalah ertikan sebilangan golongan muda parti itu sehingga menjadi bahan ketawa rakyatBaca Lagi


RCI Forex: Masa Bercakap Akan Kecurian Wang Rakyat Yang Sebenar Sudah Tiba

1MDB tidak pernah kehilangan wang.  Wang Syarikat itu juga tidak pernah dicuri, tiada ada bukti langsung untuk menyokong pembohongan yang dipopularkan Mahathir itu.  Hari ini Mahathir cuba mengatakan bahawa wang yang masuk dalam akaun Perdana Menteri pada tahun 2013 adalah wang 1MDB yang dicuri, hakikatnya itu adalah derma dari Arab Saudi dan SPRM, Bank Negara dan sebagainya ada bukti mengenai perkara tersebut. Dua dakwaan DoJ yang karut ini juga patut ditolak siang-siang sebab ia merujuk kepada wang 1MDB yang dicuri sedangkan kecurian itu tidak pernah berlaku.  Jho Low adalah ahliBaca Lagi


Laporan polis Syed Saddiq makan diri

Tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis terhadap penganalisis politik, Raja Pet­ra Kamarudin kerana mendakwa Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mengetahui maklumat mengenai saman sivil Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS), ternyata memakan diri. Ini kerana menurut Raja Pet­ra, selepas laporan dibuat, polis akan menjalankan siasatan dan mengambil kenyataan daripada­nya dan seterusnya mendedahkan na­ma ketiga-tiga Exco PPBM yang diberitahu Syed Saddiq me­ngenai maklumat DOJ itu sekali gus bakal turut mengheret kesemua mereka dalam kes tersebut. Menurutnya, tindakan Syed Saddiq yang memulakanBaca Lagi


DOJ Tiada Bukti Jho Low Beli Berlian Bagi Pihak Rosmah

Oleh Ab Jalil Backer 1. Dakwaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) bahawa Jho Low telah membeli 27 jenis perhiasan untuk isteri Malaysian Official 1 sangat meragukan dan kelihatan seperti mempunyai agenda politik berbanding pencegahan penggubahan wang haram. 2. Di bawah tajuk “LOW ARRANGED TO PURCHASE 27 ASSORTED GOLD NECKLACES FOR THE WIFE OF MALAYSIAN OFFICIAL 1 USING MISAPPROPRAITED DEUSCHE BANK LOAN PROCEEDS”, Halaman 228 dokumen saman tersebut, DOJ secara tidak langsung menggambarkan pembelian barangan kemas yang berharga jutaan ringgit tersebut untuk isteri Malaysian Official 1. 3. Berdasarkan keseluruhan affidavit samanBaca Lagi