Menu Utama

Warming PM Seat: Ini Negara Bukan Pusaka Anwar Atau Mahathir

ADA sebab kenapa hampir semua pemimpin Pakatan mengelak untuk bercakap siapa calon Perdana Menteri jika Pakatan menang dalam PRU13 – untuk elak rakyat menolak mereka kalau individu berkenaan dinamakan lebih awal.  Umumnya semua orang tahu Anwar akan jadi Perdana Menteri Pakatan, tapi dengan hukuman penjara, larangan berpolitik selama 5 tahun dan sebagainya yang dihadapi peliwat itu, persoalannya siapa akan duduk kerusi sementara menantikan Anwar layak?

Sebelum parti Mahathir masuk, isu ini tidak timbul, tapi dengan kehadiran parti Mahathir sekarang, perkara ini sudah jadi masalah.  Tersepit antara menggunakan Mahathir untuk memecahkan undi Melayu dan impian Mahathir untuk meletakkan orangnya sendiri sebagai bakal Perdana Menteri membuat puak-puak ini kunci mulut dan membiarkan rakyat meraba dalam gelap.  Kena ingat, Mahathir bukan saja mahu menentukan siapa jadi Perdana Menteri selepas Pakatan menang, tapi siapa Perdana Menteri selepas itu.

Yang Mahathir kata taknak umum siapa bakal Perdana Menteri sebab takut sabotaj, dia maksudkan sabotaj dari dalam Pakatan sendiri sebab masing-masing ada calon masing-masing dan kalau rakyat tahu ni (berebut siapa nak jadi PM), Pakatan tak payah buang masa bertanding PRU14, confirm kalah punya.

Malang bagi Pakatan, datang si bodoh Azizah ini pergi dedah semua pekung dalam temuramah dengan Al-Jazeera iaitu dia bersedia jadi Perdana Menteri sementara dan kemudiannya Anwar akan mengambil alih.  Mahathir sudah pasti tak akan setuju dengan perancangan ini sebab dia pun ada pilihannya sendiri.  Kalau Mahathir setuju dengan pelan ini, dah lama dia sebut dah, tapi bila dia tak sebut tu, adalah sebabnya tu.

Come onlah, Azizah kot, apa dia tau pasal mentadbir negara?  Tengok Kajang cukuplah, apa dia janji masa pilihanraya kecil dulu, bukan banyak, 4 saja, satu pun tak capai setakat ini termasuk yang paling “jadi keperluan” kepada orang Kajang – bawa pasukan liga Malaysia main di Stadium Kajang.

Tapi yang lebih penting, apa kehendak rakyat?  Mahukah kita sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri sementara?  Tak pernah berlaku keadaan macam ini, paling hampir pun ialah ketika perlembagaan digantung dan pentadbiran kerajaan diletak dibawah MAGERAN selepas tragedi 13 Mei 1969, tapi situasi ini berbeza dengan apa yang dirancang nak dilakukan oleh Azizah dan Pakatan kalau menang PRU14.

Kena ingat, negara ni bukan pusaka Anwar sampai dia boleh ‘pas-pas’ begitu saja siapa yang patut duduki jawatan sementara menantikan dia layak.  Begitu juga rakyat tak berhutang dengan Mahathir (Mahathir yang berhutang dengan rakyat adalah), sampai dia pulak yang kena tentukan siapa bakal PM dan PM selepasnya.

Mana-mana satu pun, semua ini petunjuk negara akan berada dalam keadaan tidak stabil kalau Pakatan menang, ibarat kapal takde nakhodalah.  Jadi penyelesaiannya mudah, jangan bagi mereka menang atau kita semua akan berhadapan dengan masalah yang tidak ada kesudahan.






3 Komen to Warming PM Seat: Ini Negara Bukan Pusaka Anwar Atau Mahathir

  1. dkds says:

    Carca marba terus , masalah bila presiden disebuah parti politik hanya jadi puppet atau boneka sahaja…semuanya nak kena minta izin jika hdk buat sesuatu…

  2. zack300 says:

    ‘She is the best dramatist and puppetist’. yang pembangkang miliki. Muka seposen dan selamba lurus bendul type. Apa watak dan karektor di bagi pasti dia boleh lakukan dengan ‘baik’. Letak kat mana bertanding pasti menang. Tabik spring..

  3. Hanns says:

    Sungguh memalukan bg seorang yg berstatus Presiden, lebih malu lagi dia seorang yg bergelar Doktor boleh keluarkan kenyataan bodoh mcm ni – tapi bila difikirkan balik bagus jugak pembangkang ada org bangang mcm ni..Lagi cepat pakatan bungkus ye tak..

Leave a Reply

Threesome