Menu Utama

Wakil Rakyat Hantu: Status Kerakyatan Semua MP/ADUN Pakatan Perlu Diperiksa!!

BEGITULAH cara Pakatan mengalihkan perhatian rakyat dengan membangkitkan isu pengundi hantu bila mereka sendiri meletak calon dan kemudiannya menjadi wakil rakyat hantu seperti yang terdedah semalam bila rakyat yang sudah melepaskan kerakyatan dengan memiliki kerakyatan negara lain, diangkat menjadi calon pilihanraya di Sarawak dan menang.

Jangan cakap tak tahu.  Siapa bodoh saja percaya parti yang penuh dengan lawyer tak tahu pasal benda mudah macam ini.

Apa pun, moving forward, sampailah masanya status kerakyatan semua wakil rakyat Pakatan di negara ini diperiksa, terutama yang ada rekod menetap lama atau memiliki hartanah di luar negara.  Negara-negara seperti Singapura, Australia, New Zealand dan UK ini perlulah diletak sebagai keutamaan.

Ini penting agar rakyat di negara ini tidak diwakili oleh warga negara asing di DUN mahu pun Parlimen.  Macam mana nak diharapkan warga negara asing mewakili rakyat, menjadi penggubal undang-undang dan sebagainya bila kesetiaan mereka terletak di negara lain? Belum lagi bercakap pasal campur tangan asing yang akhir-akhir ini mudah sungguh menyusup dalam negara kita.

Untuk penulis sendiri, sekarang terjawablah separuh persoalan kenapa begitu wakil rakyat Pakatan yang kononnya warganegara Malaysia ini tapi nak bercakap dalam bahasa kebangsaan sendiri pun begitu susah.  Dia nak pertahan perlembagaan macam mana kalaui nak bercakap dalam bahasa kebangsaan pun tak tahu?

Bahasa ni, banyak dipengaruhi oleh persekitaran.  Tak hairan bangla duduk sekejap kat Malaysia pun dah boleh menguasai bahasa kita (walaupun tak sempurna), ini pulak yang mengaku warganegara, lahir disini, bersekolah disini tapi nak bercakap bahasa kebangsaan pun macam ular tertelan bola.






Leave a Reply

Threesome