Menu Utama

#UMNO71 Tentang Pengkisahan Perjuangan Bukan Siapa Menang Lucky Draw!!

SEJAK 1989, setahun selepas UMNO baru ditubuhkan setelah UMNO lama diharamkan Mahkamah Tinggi pada tahun 1988, hari ulang tahun UMNO memang dikira dari 11 Mei 1946, bukan tarikh UMNO baru ditubuhkan pada 1988.  Dah dekat 30 tahun dah macam itu, dulu takde masalah, kenapa sekarang pulak nak ada masalah?  Jangan kata UMNO baru, Semangat 46 pun jadikan 11 Mei 1946 sebagai simbolik perjuangan mereka bermula, takde masalah pun.

Anyway, nak cerita bahawa hari ulang tahun UMNO yang disambut setiap tahun ini adalah satu pengkisahan sumbangan UMNO kepada negara ini zaman berzaman.

Tahun ini saja yang jadi pelik bila ada hantu yang konon mewakili semua ahli UMNO dan kemudian disambut cai Pakatan, menjadikan cabutan bertuah – antara program dalam hari sambutan UMNO sebagai modal untuk menyerang UMNO dan ahli-ahlinya.  Benda ni dah suam tapi kena tulis juga pasal masih nampak ada orang yang bercakap benda yang takde kena mengena pun dengan kenapa sambutan #UMNO71 diadakan atau kenapa UMNO itu sendiri ditubuhkan.

Biasalah untuk acara sampingan seperti cabutan bertuah ini diadakan bagi menambah seri penganjuran majlis.  Yang PKR buat sarkas sebelum ceramah, tak ada masalah pun walaupun nampak kelakar dari segala segi.

Kita faham Pakatan mati kutu dengan lautan merah yang memenuhi Stadium Bukit Jalil tapi takkanlah habis modal langsung sampai cabutan bertuah pulak yang kena attack – menggunakan kekecewaan satu orang sebagai asas pulak tu!!  #UMNO71 bukan pasal cabutan bertuahlah dol tapi pasal perjuangan.  Presiden UMNO malam itu pun tak cakap pasal cabutan bertuah tapi bagaimana UMNO membantu semua orang di negara ini, bukan Melayu dan Bumiputera sahaja.

Lagipun semua orang yang hadir nampak, sebaik Perdana Menteri selesai bagi ucapan, ramai yang mula meninggalkan stadium untuk pulang awal bagi mengelak kesesakan lebih teruk.  Menunjukkan, tak ramai pun mengharap kepada cabutan bertuah yang dijadikan isu sangat tu atau semua kekal dalam stadium menanti nama pemenang diumumkan.






Satu Komen to #UMNO71 Tentang Pengkisahan Perjuangan Bukan Siapa Menang Lucky Draw!!

  1. sman says:

    Yg tak cerdiknya ialah penganjur yg meletakan acar cabutan bertuah.Dalam kepala dia sentiasa ada berutah dan hadiah.Orang macam ni tak ushlah letak di tempat penting ,idea nya tak bernas,selain dari bakal menimbulkan masalah.Jangan marah pada pengkritik,itu kerja mereka,yg penting elakan benda tak cerdik yg boleh menimbulkan kritik.Kau orang pun sama,pantang ada peluang,benda remeh temeh pun kau orang tibai asala ianya berkaitan dgn PAS,sedangkan PM Najib bersusah payah berlembut kata dan berlapang dada utk berbaik dgn PAS sebagai umat seugama dan sebangsa.Kau orang apa bikin ,ada ke usaha utk itu.Cek diri sendiri.

Leave a Reply