Menu Utama

#UMNO71: Pakatan Mati Kutu Dengan Lautan Merah Di Bukit Jalil

PENIPUAN Pakatan konon UMNO semakin tidak mendapat sokongan rakyat, terhenti dengan terpaparnya lautan merah manusia di Stadium Bukit Jalil malam tadi.  Itu yang dalam stadium, yang luar stadium dan kawasan berhampiran, tidak terkata ramainya.

Mati kutu Pakatan dibuatnya, terutama Bersatu.  Nak dibandingkan dengan perhimpunan pertama mereka di Stadium Melawati (kapasiti 7,000 orang), takde suku pun jumlahnya dengan perhimpunan UMNO di Bukit Jalil semalam.  Hak yang di Stadium Melawati tu, nak panggil lautan merah pun tak sampai hati, mungkin longkangan merah lebih sesuai.

Terpaksalah dijadikan isu gambar Mahathir yang terpampang di barisan bekas Presiden UMNO, konon UMNO masih terhegeh-hegeh kepada orang tua itu.  Nampaklah bodohnya, dah tentulah orang tua itu bekas Presiden, bubuh sajalah apa masalahnya?  3 bekas Presiden UMNO yang lebih dahulu daripada Mahathir masuk pembangkang, pun turut terpampang di barisan yang sama, kenapa tak jadikan isu?

Mahathir ketika jadi Presiden UMNO pun tidak ketepikan gambar 3 bekas Presiden UMNO yang masuk pembangkang, kenapa Datuk Sri Najib yang 10 kali ganda lebih mulia daripada Mahathir nak buang gambar dia pulak – hanya kerana Mahathir sudah jadi pembangkang?

Takpelah, yang penting sekarang lautan manusia malam tadi bukti UMNO terus kukuh dan utuh.  Amanat Presiden Najib malam tadi jelas, walaupun UMNO parti yang berteraskan perjuangan mempertahan hak orang Melayu dan Bumiputera tapi UMNO turut mengambil berat kaum-kaum lain di negara ini melalui BN.  Yang bertanding dalam pilihanraya pun bukan lambang UMNO tapi BN.

Anyway, ramai ke tidak ni bukanlah penting sangat tapi dah Pakatan, terutama Bersatu kempen hari-hari UMNO ibarat kapal kosong dan nak karam, semalam sudah ada jawapannya.  Tapi macam biasa, senyaplah sekejap, agak orang dah lupa, mulalah main balik konon UMNO tidak ada penyokongnya.






Leave a Reply