Menu Utama

Tun M ada kepentingan dalam Proton?

Reaksi Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan soal kerjasama Proton Holdings Bhd. (Proton) de­ngan syarikat China, Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd., (Geely) amat luar biasa seolah-olah bekas Perdana Menteri itu mempunyai kepentingan di dalam Proton.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyifatkan Dr. Mahathir terlalu beremosi tanpa cuba mengakui kesukaran yang dihadapi oleh syarikat kereta Malaysia itu sejak ditubuhkan.

Katanya, semua rakyat Malaysia amat sayangkan Proton lebih-lebih lagi mereka yang mencari rezeki dengan syarikat kereta itu, tetapi tidak perlu beremosi kerana kerjasama de­ngan Geely itu bertujuan mendapatkan teknologi maju asing serta meluaskan pasaran antarabangsa Proton.

“Emosi beliau sangat luar biasa, sehingga melabelkan Proton sebagai anaknya. Adakah sikapnya itu memberitahu kita bahawa beliau memiliki kepen­tingan atau merupakan pemilik Proton.

“Dr. Mahathir seharusnya tahu mengapa kerjasama de­ngan Geely ini diadakan. Malah telah dilaporkan beliau sendiri sewaktu bersama Proton telah pergi ke China untuk mencari rakan strategik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan Dr. Mahathir terhadap pembelian 49.9 peratus kepentingan dalam Proton oleh Geely, kononnya akan menghakis jenama tempatan kereta nasional itu selain me­nganggap transaksi itu membuatkan beliau seperti kehila­ngan ‘anak’.

Kata Tunku Abdul Aziz lagi, Dr. Mahathir sepatutnya tahu keputusan komersial antara Proton dan Geely itu bukan tindakan menjual negara kerana syarikat kereta Malaysia itu bukan lagi merupakan milik kerajaan sepenuhnya seperti sebelum ini, sebaliknya dimiliki oleh syarikat swasta di bawah ahli perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Pada masa sama beliau berkata, masih terlalu awal untuk menghuraikan masa depan atau nasib Proton menerusi kerjasama dengan Geely, kerana perkara itu baru dipersetujui oleh kedua-dua syarikat tanpa membentangkan sebarang pelan kerjasama.

“Namun Geely merupakan syarikat gergasi dan mempu­nyai pengalaman menaikkan semula jenama dan daya sai­ngan syarikat automotif. Pasaran Malaysia sahaja terlalu kecil untuk Proton, barangkali melalui kerjasama ini pasaran Proton boleh diperluaskan selain mendapat manfaat daripada teknologi Geely,” katanya.

Utusan






Leave a Reply

Threesome