Menu Utama

Tambahan Pelaburan RM 31 Billion Bukti Tuduhan Pakatan Salah

BILA Kementerian Kewangan (melalui TRX) membatalkan perjanjian membangunkan Bandar Malaysia dengan Konsortium IWU-CECC, media pro Pakatan mendakwa pembatalan itu bukti China hilang keyakinan terhadap kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Datuk Sri Najib Tun Razak.

Hakikat bahawa perjanjian itu dibatalkan oleh kerajaan sendiri, bukan pelabur dalam konsortium berkenaan, tidak dipedulikan.

Kelmarin, dalam lawatan Perdana Menteri ke China, bila Malaysia mendapat tambahan pelaburan sebanyak RM 31 billion lagi dari China, nadanya berubah sama sekali, malah media pro Pakatan yang sama meramalkan kerajaan akan membuat keuntungan dari projek Bandar Malaysia ini sebanyak RM 90 billion pulak lagi.

Mana dia cerita kata kerajaan China dah hilang keyakinan kepada Malaysia tadi?  Kalau hilang keyakinan, taklah bertambah lagi pelaburan bernilai berpuluh-puluh billion ringgit kan?  Bandar Malaysia juga berkemungkinan dapat pelaburan baru dengan nilai pelaburan yang lebih besar tapi tanah yang terlibat berkecil 10% dari perjanjian yang terdahulu.

Ini semua bukti China hilang keyakinan terhadap Malaysia ke?  Jangan jadi bodoh macam Mahathir boleh?

Apa pun, ini semua tambahan kepada lambahakan bukti Pakatan yang dinasihatkan Mahathir ini betul-betul tidak boleh dipercayai.  Kehadiran mereka hanya untuk sabotaj ekonomi dan usaha kerajaan memakmurkan negara.

Rakyat perlu berhenti mempercayai Pakatan lagi.  Semua yang keluar dari mulut mereka mestilah dianggap sebagai fitnah dan niatnya tidak lain untuk mensabotaj segala usaha baik mahu dijalankan kerajaan untuk memajukan negara ini.






Leave a Reply