Menu Utama

Takdelah Ganggu Rosmah, Lebih Kepada Anjing Menyalak Bangunan

DIKATAKAN dua wartawan Sarawak Report mengganggu Datin Sri Rosmah Mansor yang sedang mengadakan lawatan di London. Sedangkan dari banyak sumber yang penulis baca, Rosmah tidak ada pun disitu – ketika gangguan itu dibuat.  Pemilik Sarawak Report, Claire Brown bagaimanapun telah menafikan 2 orang itu ada kaitan dengan portal yang dikendalikannya.

Bagaimanapun sementara penafian itu sampai, agak menarik bagaimana melihat perkara itu disensasikan media pro pembangkang di negara ini.  Walhal identiti 2 ekor tu pun kita tak tahu sama ada betul atau tidak wartawan, let alone Sarawak Report itupun tidak ada kredebilitinya, entah kenapa ramai di kalangan pembangkang memandangnya sebagai serius?

Apapun bukanlah tujuan artikel ini untuk bercakap tentang 2 ekor itu, sebaliknya nak mengatakan bahawa perkara ternampak seolah terlalu diperbesarkan hanya kerana orang putih terlibat di dalam cerita yang ada nama Rosmah.

Rosmah pun tidak diganggu apa, cuma 2 orang itu menjerit-jerit di luar bangunan saja.  Kira yang disalakkanya tu bangunan, bukan pun Rosmah.

Jadi harap betulkan persepsi.  Tiada siapa bencikan Rosmah, tiada benarnya 1MDB ini merupakan skandal kewangan terbesar dunia, semua itu hanya permainan persepsi untuk memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri, tidak ada yang lain dari itu.  Anyway, takkanlah ‘skandal kewangan terbesar dunia’ hanya 2 orang saja membuat bantahan?

Fikir macam itu cukuplah.



« (Previous News)



Leave a Reply

Threesome