Menu Utama

Sultan Selangor murka Sivarasa guna masjid untuk berpolitik

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa teramat murka dan dukacita dengan tindakan Ahli Parlimen Subang dari PKR, R. Sivarasa yang memasuki Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang pada minggu lalu dan menggunakan ruangan solat sebagai tempat berpolitik.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, rasa teramat murka Tuanku itu juga dizahirkan sebanyak dua kali secara peribadi kepadanya.

Baginda telah bertitah kepada Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani supaya mengarahkan JAIS mengmbil tindakan terhadap nazir dan jawatankuasa masjid tersebut.-UTUSAN ONLINE






Satu Komen to Sultan Selangor murka Sivarasa guna masjid untuk berpolitik

  1. Said says:

    Sivarasa bpesan kat rakyat subang…beriman teguh pada Allah sedangkan dia x perlu beriman.ms aku kck2 dulu slalu kene marah ngan gang masjid sbb duk bsembang dlm masjid.diorg ckp kalo sembang psl agama xpe.sembang psl dunia,dosa.
    Diorg ckp mn blh politik suku agama suku.yg dmaksudkan politic yg mcmni la.smpi masuk masjid pun nk sembang psl politik.

Leave a Reply

Threesome