Menu Utama

SPRM lancar Gerah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) di seluruh negara.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, gerakan sosial itu merupakan pemangkin dan tunjang perjuangan SPRM bersama rakyat dalam memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Kata beliau, ke arah itu, sebanyak 2,000 tenaga kerja SPRM seluruh negara yang menjadi ejen penggerak kepada gerakan revolusi tersebut akan turun padang secara serentak dan berjumpa dengan masyarakat.

Tambahnya, langkah itu sekali gus mampu menjalinkan rangkaian kerjasama agar rakyat sentiasa bersama SPRM dalam perang menghapuskan jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

“Program ini akan diadakan serentak setiap bulan bagi mencetuskan satu perubahan yang agresif dan drastik dalam kalangan masyarakat Malaysia dengan meletakkan rasuah sebagai musuh nombor satu negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program tersebut di Ibu Pejabat SPRM. di sini.

Selain Gerah kata Dzulkifli, SPRM juga akan secara selari melancarkan satu lagi kempen dinamakan 3J iaitu ‘Jangan Hulur, Jangan Kawtim dan Jangan Settle’ dengan kerjasama agensi-agensi media.

“Kempen 3J ini bertujuan untuk menyampaikan satu mesej kesedaran terhadap rakyat agar mereka tidak terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa melalui cara penerimaan mahupun pemberian rasuah,” katanya. UTUSAN ONLINE



« (Previous News)



Leave a Reply

Threesome