Menu Utama

SELEPAS LEBIH 2 TAHUN GST MASIH KAMBING HITAM

Sudah lebih dua tahun dilaksanakan, GST masih di”kambinghitam”kan oleh peniaga-peniaga yang saya rasa tak faham pun tentang GST.

Di dalam laporan berita Sinar Harian di atas, peniaga bazar ramadan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga jualan mereka.

Contohnya peniaga murtabak di Alor Star yang menaikkan harga murtabak dengan alasan harga ayam dan daging segar dah naik.

Tetapi ayam dan daging segar mahupun beku dikenakan GST pada kadar sifar atau secara efektifnya tidak dikenakan GST. Kenapa peniaga murtabak ini menggunakan alasan GST untuk menaikkan harga murtabak yang dia jual?

Ya memang harga ayam dan daging naik baru-baru ini tetapi bukan kerana disebabkan oleh GST. Harga ayam dan daging memang naik setiap kali musim perayaan terutamanya bulan puasa dan raya. Sebelum GST diperkenalkan lagi harga ayam dan daging meningkat setiap kali musim perayaan:

Kebanyakan kenaikan harga barang yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan kuasa pasaran yang di luar kawalan kerajaan. Apabila musim perayaan, orang ramai akan membeli barang dalam kuantiti yang banyak. Mengikut hukum ekonomi asas, apabila permintaan melebihi penawaran, harga akan naik.

Harga barang juga terpengaruh dengan keadaan cuaca seperti hujan, banjir atau kemarau yang akan mengganggu bekalan sesuatu barangan. Apabila bekalan barangan kurang, penawaran di pasaran kurang, permintaan akan melebihi penawaran dan harga akan naik.

Sepatutnya peniaga lebih arif tentang hal sebegini. Pengguna juga perlu belajar ilmu kepenggunaan supaya mereka faham mekanisme pasaran.

Apabila peniaga menggunakan alasan GST, pengguna akan marah kerajaan, pengguna tak marahkan peniaga.

Pengguna sepatutnya menggunakan kuasa membeli (atau kuasa tidak membeli) mereka untuk mengawal harga barangan. Apabila peniaga menaikkan harga barang, pengguna boleh memilih untuk tidak membeli daripada peniaga tersebut dengan membeli barangan alternatif. Pengguna juga sepatutnya memboikot peniaga yang sewenang-wenang menaikkan harga dengan menggunakan alasan GST.

Mainkan peranan kita. Jangan salahkan kerajaan apabila yang menyebabkan harga naik adalah peniaga yang tidak bertanggungjawab dan kita sebagai pengguna tidak menggunakan kuasa membeli.

sumber : http://syahir521.blogspot.my/2017/05/selepas-lebih-2-tahun-gst-masih-kambing.html






Satu Komen to SELEPAS LEBIH 2 TAHUN GST MASIH KAMBING HITAM

  1. Said says:

    Sebab tu la pihak berkuasa perlu bekerja.turun padang.kalau betul ikhlas nak Tolong rakyat. buat sistem tanpa pemantauan yg serious macamni la.kalau dah semua peniaga mcmtu,pengguna xde pilihan jgk.lain la org kmu yg Kaya raya.xrasa semua ni

Leave a Reply

Threesome