Menu Utama

Saya dan Dr Maza

oleh Ab Jalil Backer

Saya mendapat idea untuk menulis ini setelah menerima pelbagai komen dari pentaksub Dr Maza dalam garis masa dan mesej FB. Seolah-olah ilmu Dr Maza tersebut ditahap tidak boleh dipertikaikan hatta dalam hal duniawi yang bukan kepakaran beliau.

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza) tidak kenal saya. Namun saya mengikuti perjalanan dakwah beliau mungkin sudah sekitar 15 tahun.

Jika dilihat komen-komen saya dalam isu agama Islam yang ditangani oleh Jabatan Agama Islam, boleh dikatakan banyak beralirankan “pemikiran Maza”.

Saya banyak bersetuju dengan idea-idea dakwah beliau sehingga ramai bertanya malah menuduh saya Wahabi.

Dalam hal agama saya sentiasa mengelak berbicara dan berbalah hal-hal kepuakan, kabilah dan perlabelan antara muslim.

Dalam sebuah hadis Baginda Rasulullah SAW bersabda, (mafhumnya), “Aku menjamin sebuah rumah di pinggiran syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun ia benar, dan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta, dan sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperelokkan akhlaknya.” (H.R. Abu Dawud).
Berbalik kepada Dr Maza. Jalan dakwah beliau pada asalnya sangat berguna kepada tradisi perkembangan ilmu islam moden di Malaysia. Perbahasan dan lontaran idea walaupun bukan baru, tetapi memberi kesegaran kepada generasi muda Islam.

Malangnya, sikap tawadduk sebagai daie itu sedikit demi sedikit hilang apabila nama beliau mula popular dan menjadi ikutan ramai.

Apabila “hilang” jawatan Mufti buat kali pertama dan mula menulis di Malaysiakini, sikap semberono dalam mengejar populariti kian jelas. Keadaan lebih parah bila penaung beliau hilang jawatan Menteri Besar Perlis.
Dari melaksanakan usaha-usaha dakwah beliau berubah kepada komentar-komentar politik yang berbentuk hasutan rakyat membenci kerajaan untuk mencari populariti massa,

Maka sedikit demi sedikit saya melihat perkembangan watak beliau sebagai ulama pendakwah sedang menuju kepada “ulama khawarij”. Maafkan saya atas perlabelan ini bagi tujuan pemahaman.

Sejak beliau mengejar populariti media sosial ini, sudah banyak kali Dr Maza membuat pelbagai kenyataan yang boleh dianggap “menghasilkan fitnah” terhadap pemerintah, institusi kesultanan dan individu tertentu.

Sebagai ulama beliau sepatutnya menjarakkan diri dengan hal-hal yang boleh menjerumuskan fitnah di kalangan masyarakat; terutama dalam hal pentadbiran negara yang bukan kepakaran beliau.

Adalah satu yang mengecewakan apabila melihat Dr Maza telah berubah dari ulama pendakwah kepada ulama “batak likes”.

Wallahualam.






Satu Komen to Saya dan Dr Maza

  1. Memang Baik says:

    mAZA tidak bersetuju tahlil, wirid lepas solat, qunut solat subuh. Maza pertikai kesohihan menghadiahkan alfatihah atau lain2 surah untuk al marhum kerana katanya semua itu tidak sampai. pada simati. Fahaman begini menjuruskan pada fahaman wahabi tetapi wallahu alam kita tidak berani beri label, bimbang tidak tepat sedangkan beliau seorang mufti sebuah negeri, Untuk itu kita biarkan hal ini pada yang maha esa, kerana Dia Maha mengetahui.

    Tentang Maza menghasut melalui penulisan, memang betul ini jelas sekali. Hal ini juga kita serahkan pada Allah tetapi sebagai kerajaan yang memerintah hal ini perlu diberi kawalan supaya seorang mufti tidak memecah belahkan rakyat. Maza bukan orang politik dari pembangkang , jadi apa masaalah Maza sehingga menghasut untu pecah belahkan.

Leave a Reply