Menu Utama

Retrospektif Makna Sengsara Dalam Pemikiran Didi Miya dan Anak Muda Melayu

Oleh Ab Jalil Backer

Saya terbaca satu komentar seorang gadis Melayu menggunakan akaun Facebook Didi Maya mengagung-agungkan perbuatan biadap David Teoh dalam majlis bersama Perdana Menteri.

Karangan beliau yang huru-hara tatabahasa tersebut antara lain membawa maksud “padan muka Najib Razak yang menyusahkan rakyat.”

Saya berasa kasihan kerana anak muda Melayu seawal usia 20-an sudah mendapat gambaran yang salah terhadap cabaran kehidupan dalam dunia. Saya fikir pemikiran beliau ini mewakili sebahagian besar anak muda Melayu yang benci Perdana Menteri Najib Razak dan Kerajaan.

Beliau marah dan benci Najib Razak kerana percaya Perdana Menteri merupakan punca kesengsaraan hidup beliau hari ini.

Saya meneliti garis masa FB beliau, melihat gaya hidup beliau, saya sangat terharu bahawa makna kesengsaraan di Malaysia sudah ditafsirkan dalam keadaan sangat berbeza dan bertentangan dengan makna sebenar.

Jika di Afrika kesengsaraan bermaksud tidak dapat makan berhari-hari, terpaksa mengemis, pakaian tidak bertukar, mandi pun mungkin sebulan sekali.

Di Amerika Syarikat kesengsaraan sering kali dikaitkan dengan tinggal di dalam kotak, di bawah jambatan, malah di dalam terowong tikus tinggalan bangunan lama.

Namun, di Malaysia, kesengsaraan bagi anak muda Melayu ialah apabila mereka punya masa berjam-jam bermain facebook, makan di restoran, bertukar pakaian setiap hari, tetapi kekurangan wang untuk hidup seperti dalam drama Melayu.
Hasil indoktrinasi pembangkang, sebahagian anak muda Melayu percaya kesengsaraan hidup mereka kerana Perdana Menteri, Mohd Najib Razak.

Pesanan saya buat Diya Miya dan adik-adik lain:

“Anda tukarlah Mohd Najib Razak dengan siapa pun, jika anda malas, tidak merebut peluang dan lebih banyak merengek di Facebook; berbanding membanting tulang empat kerat dan memerah akal anda, lupa ajaran sebenar agama Islam; selagi itulah anda akan menjadi manusia yang gagal dan sengsara fizikal atau mental.”

Sedarlah adik-adik,

“Tiada kerajaan di dunia boleh memuaskan hawa nafsu duniawi anda kecuali anda sendiri berusaha keras untuk menjadi kaya raya.”

Perdana Menteri hanya gagal jika negara ini tiada peluang pekerjaan dan perniagaan untuk direbut. Tiada peluang pendidikan tinggi untuk rakyat biasa. Tiada bantuan kesihatan apabila anda sakit dan memerlukan rawatan.

Tapi semua itu ada di negara ini dan jauh lebih baik dari kebanyakan negara dan pentadbiran lalu.

Justeru jika anda sengsara, ia adalah pilihan anda untuk menjadi sengsara, bukan salah Perdana Menteri mahu pun ibu bapa anda.

Belajar menjadi manusia yang bertanggungjawab ke atas diri sendiri, bukan menyalahkan orang lain atas kemalasan anda.-MYKMU.NET



« (Previous News)



3 Komen to Retrospektif Makna Sengsara Dalam Pemikiran Didi Miya dan Anak Muda Melayu

  1. Memang Baik says:

    Pertama David Teo memang patut diberi penampar kerana kurang ajar. Bukan dia sorang yang kurang ajar sebenarnya, ramai lagi yang patut diberi penampar. Satu yang saya tak setuju ialah cara Mat Over buat kerja dia. Mat Over patut cara bersahaja datang rapat dulu dengan cina tu baru bagi penampar tak payah tujuk jari dari jauh.

    Tapi tak apalah , janji penampar dah diberi. Kedua budak perempuan tu perlu ditangkap , diikat pada pokok dan lepas kerengga dari bawah , biar kerengga naik memanjat gigit badan dia. Dia bercakap cara copypaste. Bila ditanya apa jenis sengsaranya dia di negara ini mesti tak ada biji butir yang dia boleh jawab.

    Disini ada 8juta pendatang dari luar yang tumpang cari makan. Semua mereka tak ada yang kebulur kerana mereka berkerja. Jadi kalau ada rakyat yang sengsara , itu bukan salah orang tapi salah senditi. Atau budak itu rasa sengsara kerana dia belum mampu beli Iphone 7 . Sekarang pakai Iphone 5 saja . Ohh apakah itu jenis sengsara yang dia maksudkan.

    • sukarno says:

      mohon di viralkan biar semua org tahu betapa pemalasnya budak ni ….biar dia rasa malu…beginilah pandangan gen Y jenis pemalas dan hanya tahu complaint dan merengek jer…kalau boleh tunjukan muka budak pemalas fikiran setengah tiang ni…

    • Ann says:

      Setuju dengan komen anda. Pemalas itu memang sejenis penyakit jiwa. Salahkan orang lain juga penyakit jiwa yg diterajui pakatan. David Teo ni memang kurang ajar – itu ajaran SJKC dan DAP lah kot.

Leave a Reply

Threesome