Menu Utama

Rakyat Malaysia bazir 17,800 tan makanan sehari

Kerajaan perlu menganjurkan lebih banyak program kesedaran untuk membendung pembaziran makanan yang seolah-olah telah menjadi tabiat dan budaya dalam kalangan masyarakat terutama di bulan Ramadan.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, adalah penting untuk menggalakkan budaya sifar pembaziran makanan dalam kalangan masyarakat kerana kajian oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) menunjukkan rakyat Malaysia membuang kira-kira 17,800 tan makanan setiap hari.

Katanya, lebih mem­­bimbangkan, kajian SWCorp turut menunjukkan sepanjang tempoh sebulan Ramadan setiap tahun, rakyat negara ini membuang 270,000 tan makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula.

“Jika disusun longgokan makanan tersebut, ia bersamaan dengan ketinggian 30 buah bangunan KLCC.

“Jika kempen ini tidak berkesan, pihak berkuasa mungkin pe­rlu memperkenalkan undang-undang baha­ru yang akan memastikan mereka yang membazir makanan didenda atau dikenakan hukuman lain yang boleh menimbulkan kesedaran dan menjadi pengajaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Peringkat Tinggi Kemiskinan Bandar untuk melaksanakan program bantuan makanan perlu mengambil kira aspek pembaziran yang telah timbul dalam kalangan masyarakat hari ini.

Jelasnya, adalah penting untuk mewujudkan kesedaran mengenai pembaziran makanan kerana terdapat berpuluh-puluh ribu keluarga miskin yang tidak mendapat makanan yang mencukupi setiap hari.

“Pihak berkuasa dan penyedia makanan boleh mencontohi langkah diambil oleh restoran tertentu yang akan mendenda pelanggan tidak menghabiskan makanan diambil daripada hidangan bufet,” katanya.

Utusan






Leave a Reply

Threesome