Menu Utama

Rahman Pelawa Bahrin Terokai Hub Kewangan di TRX

Menteri Minyak Bahrain, Sh. Mohamed bin Ahmed Al-Khalifa, telah mengadakan satu lawatan rasmi ke Jabatan Perdana Menteri bertemu rakan sejawatannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Perbincangan selama sejam itu telah menyentuh perkara-perkara penting seperti yang berikut:

1. Kerajaan Bahrain telah meluahkan rasa minat untuk bekerjasama dengan Petronas melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam sektor pengedaran gas.

2. Kerajaan Bahrain sedang dalam usaha untuk mengembangkan lagi hubungan ekonomi semasa antara kedua-dua negara, dan pada masa yang sama sedang menerokai potensi ekonomi baru di rantau ini – terutamanya di Malaysia.

3. Ini termasuk juga kerjasama dalam sektor kewangan Islam, dengan tumpuan khusus diberikan dalam membentuk struktur dan menggariskan standard piawaian bagi merangsang pertumbuhan industri kewangan Islam di Malaysia dan Bahrain.

4. Justeru, dalam menyokong usaha mempelbagaikan ekonomi Kerajaan Bahrain, Sh. Mohamed bin Ahmed Al-Khalifa telah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Khazanah Nasional Berhad bagi mengenalpasti peluang-peluang baru dalam sektor tenaga khususnya.

5. Datuk Seri Rahman Dahlan turut menggalakkan rakan sejawatnya itu untuk meneroka potensi dengan membawa masuk dan membuka institusi kewangan Bahrain ke Tun Razak Exchange (TRX). Kerajaan Bahrain juga pada masa yang sama diharap dapat membantu memainkan peranan sebagai sebuah hab bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia untuk PKS negara ini menembusi pasaran yang lebih besar dan luas.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri






Leave a Reply

Threesome