Menu Utama

Proton Mungkin Satu-Satunya Syarikat Rugi Tapi Pembekalnya Tetap Untung Di Negara Ini

AIRMATA Mahathir bila 49.9% saham Proton dijual kepada syarikat Geely dari China, ternyata tidak memberi sebarang impak kepada rakyat.  Kesannya sama lebih kurang ketika dia “dengan hibanya” mengumum penamatan khidmat tukang masaknya yang tidak dilanjut kontrak oleh kerajaan tak lama selepas dia sah menyertai pembangkang..

Siapa bodoh saja percaya orang dengan separuh dari 6 anak bergelar jutawan, tak mampu bayar tukang masak sendiri sehingga nak bergantung kepada kerajaan juga.

Dalam kes penjualan saham Proton kepada Geely ini, airmata Mahathir kering macam itu saja bila terbongkar cerita dia sendiri bersama pemilik DRB pernah berbincang dengan Geely pada tahun 2014 ketika masih menjadi Pengerusi syarikat tersebut.  Perbincangan itu bagaimana pun gagal.  Malah selepas itu pun Mahathir pernah nak ‘menjual’ Proton kepada Volkswagen – pun gagal juga.

Entah kenapa kalau Mahathir nak ‘jual’ Proton kepada Geely, itu dipanggil kerjasama strategik, tapi bila DRB (tanpa dia sebagai Pengerusi) jual kepada Geely, itu dikatakan menjual kedaulatan negara, termasuk kebodohan mengaitkan Datuk Sri Najib Tun razak di dalam eksasis tersebut.  Proton bukan syarikat kerajaan pun, dengan macam mana Najib ada kena mengena?

Apa pun, penjualan ini menamatkan derita rakyat yang terpaksa menanggung masalah Proton dari sejak ditubuhkan lebih 32 tahun yang dulu.  Sudah dua kali diswastakan pun, rakyat masih terpaksa menanggung masalah Proton – sehinggalah sekarang.

Hairan tu, Proton saja yang bermasalah sedangkan majoriti besar dari pembekalnya, tidak pulak kita dengar bermasalah, tak siapa rasa pelik ke?  Tapi itulah agaknya ‘magik’ Mahathir yang ramai dari kita terlepas pandang.






Satu Komen to Proton Mungkin Satu-Satunya Syarikat Rugi Tapi Pembekalnya Tetap Untung Di Negara Ini

  1. Asaif Barkiya says:

    Madey dah dalam fasa nyanyuk kelas ke 3,yaitu cakap apa saja tak pakai fakta akal dan minda bawah sedarnya dah padam.Dia dah tak ingat apa dia dah cakap dahulu.Penyakit lupa fasa 3 akan berterusan tetapi baik sebagaj modal counter attack politically.Bebal orang tua lagi nyanyuk bila terkena batang hidung sendiri pura pura buat gentelmen dan di burukkan lagi dengan keangkuhan tahap super gaban.Super ego madey di gabung dengan sindrom Acute Prejudice menjadikan madey sebagai insan Rumah Kata Pergi Kubur Kata Mari dengan apa yang di sebut sebut Mati Beragan yakni Akhir Hayat tanpa mencapai cita cita.

Leave a Reply

Threesome