Menu Utama

Prinsip CAT Kerajaan Dap PP berkubur.

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menyifatkan prinsip Cekap, Telus dan Amanah (CAT) yang sering dilaungkan kerajaan negeri pimpinan DAP sejak 2008 lalu, sudah mati.

Ketua Pembangkang DUN negeri, Datuk Jahara Hamid, berkata ia susulan pelbagai kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang berjaya dibuktikan wakil rakyat BN, sepanjang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang berlangsung.

Selain itu, katanya, setakat ini sahaja kerajaan negeri dikenal pasti gagal menunaikan 51 janji yang dibuat sejak mentadbir Pulau Pinang, yang antara lain seiring dengan usia penubuhan DAP ke-51, pada tahun ini.

“BN negeri juga sudah membuktikan bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP menjual tanah dalam kuantiti yang banyak dan ia berlaku sepanjang pentadbiran mereka.

“Tanah berkenaan sepatutnya dibangunkan sendiri oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk projek kesejahteraan dan bukannya diberi kepada pemaju swasta.

“Situasi ini sekali gus membuktikan kerajaan negeri lebih mementingkan kepentingan sektor swasta dan projek mega, berbanding keperluan rakyat,” katanya pada sidang media di Bangunan DUN Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Jahara berkata, kegagalan EXCO negeri menghadiri sidang DUN yang sedang berlangsung, membuktikan pentadbiran mereka tidak serius apabila meletakkan kepentingan persidangan itu di tempat kedua.

Berita Harian



« (Previous News)



Leave a Reply

Threesome