Menu Utama

PPBM Perak desak Muhyiddin letak jawatan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan sebagai Presiden parti itu.

Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak setelah mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat kebangsaan dan Perak.


Menurutnya, ini kerana Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.


Katanya, Presiden PPBM itu sepanjang masa menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan di atas populariti Tun Mahathir bagi mencatur parti.


“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada beliau supaya memberikan respon terhadap desakan kami ini.


“Jika masih tiada apa-apa respon daripada beliau, kami iaitu lebih daripada separuh ahli dan pemimpim PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE






4 Komen to PPBM Perak desak Muhyiddin letak jawatan

  1. Memang Baik says:

    Midin sedar semua itu kerana keterpaksaan bukan dengan jiwa luhur dan keikhlasan ,menjadi penyebab lahirnya bunya raya, Sekian lama dengan kerajaan Midin tahu dan sedar betapa perkasanya BN dan bunga raya cuma macam buih dilautan. Midin tahu untuk membina party memerlukan masa dan dengan umur mereka yang terlibat umur sudah tidak memihak pada mereka.

    Midin tahu apa niat M, niat anak M dan Midin sedar apa yang bakal diperolihinya dari perjuangan baru itu .

  2. Memang Baik says:

    PRU14 akan datang ialah PRU sapu bersih BN akan sapu bersih, hasil gandingan dengan PAS.

  3. Ann says:

    Umpama habis manis sepah dibuang. Inilah harga yg perlu dibayar bila berkonspirasi dengan Pakatan dan sewaktu dengannya. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

  4. Hanns says:

    Huhu..Parti Paling Banyak Masalah dan Parti Paling Banyak Meroyan…Para Pentaksub Bodek Mahathir, dah tu ada pulak Pakat-Pakat Bersama Muhyiddin, yang Para Pencacai Buta Mata – memang Pakat-Pakat Boleh Mampus kalo macam ni.. Lol…

Leave a Reply

Threesome