Menu Utama

Plakad Anwar PM-7: Kalau Mahathir Ambil Gambar, Muhyiddin Ambil Apa Pulak?

BILA ditanya kenapa bapanya tidak menjulang plakad yang berbunyi “Anwar PM ke7”, Mukhriz kata bapanya sibuk ambil gambar.  Tapi Mukhriz terlupa, Muhyiddin yang dalam barisan sama itu juga tidak mengangkat plakad berkenaan, apa pulak penjelasan Mukhriz tentang itu?

Ini kadang-kadang masalah dengan Mukhriz, dia rasa dia kenal bapanya tapi sebenarnya tak.  Dulu Mukhriz juga yang kata bapanya tidak akan sesekali sertai pembangkang atau sokong parti pembangkang – diakhirnya kita tahulah Mukriz salah.

 

Apa pun, hakikat bahawa hanya pemimpin Bersatu yang tidak mengangkat plakad menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ke-7 di kalangan semua yang lain mengangkatnya, membuktikan masalah besar yang bakal berlaku dalam Pakatan pembangkang – berebut siapa jadi Perdana Menteri.

Hanya Muhyiddin dan Mahathir, manakala semua kepala parti yang juga menganggotai Majlis Presiden Pakatan Harapan di atas pentas yang sama mengangkat plakad itu, mengesahkan Anwar adalah bakal Perdana Menteri KALAU Pakatan ini menang dan memerintah kerajaan Persekutuan selepas PRU14.

Kita semua tahu, tidaklah Mahathir melakukan apa yang dia lakukan sejak Disember 2014 melainkan untuk meletakkan orang pilihannya sendiri sebagai Perdana Menteri ke 7 (dan ke 8) dan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri selepas Najib, bukanlah sebahagian daripada rancangannya.

Mahathir tak payah keluar UMNO dan tubuh parti baru pun memang Pakatan akan letak Anwar sebagai bakal Perdana Menteri mereka.  Itu logiknya.

Bergaduh sajalah tak habis-habis berebutkan jawatan selepas ini Pakatan ooi, rakyat tinggal terbiar saja macam tu.



« (Previous News)



2 Komen to Plakad Anwar PM-7: Kalau Mahathir Ambil Gambar, Muhyiddin Ambil Apa Pulak?

  1. zack300 says:

    Dari dulu sampai sekarang semua agenda berpaksikan pada ANWAR sahaja. Setiap kali bersidang nilah cerita masalah keluarga ANWAR BIN IBRAHIM . Tiada agenda lain ke untuk agama, bangsa dan negara. Menang pilihanraya pekara utama pun bebaskan ANWAR.

  2. Hodoh says:

    Pembangkang dah tak ada orang lain ke nak naikkan jadi PM ke

Leave a Reply

Threesome