Menu Utama

Perdana Menteri: Anak Mahu, Bini Mahu, Bapak Mahu, Siapa Peduli Apa Rakyat Mahu?

POLITIK Pakatan hari ini – selepas berakhir Kongres PKR Ahad lepas, berkisar tentang siapa mahu jadi Perdana Menteri saja nampaknya.  Ada anak yang mahu bapaknya jadi Perdana Menteri, bapak yang mahu anaknya jadi Perdana Menteri, isteri yang nak sangat lakinya jadi Perdana Menteri dan semua gila-gila NAK JADI PERDANA MENTERI yang macam itu.

Segala macam serangan yang rakyat lihat dilancar ke arah Perdana Menteri hari ini adalah kerana anak, bini, bapak yang berkenaan mahu, bapak, laki dan anak masing-masing jadi Perdana Menteri.  Mereka ini sebenarnya bukan peduli apa yang rugi, apa yang untung dan apa yang melingkup.  Rakyat?  Jauh sekalilah, yang penting asal karobah masing-masing dapat jadi Perdana Menteri sudah.

Kerana perjuangan Pakatan sekarang adalah tentang perjuangan peribadi, segala yang disekeliling dan tidak begitu terlibat dalam perebutan ini. jadi bodoh dan kelam kabut.  Jika dilihat betul-betul, Pakatan hanya buat reversal dari apa yang BN laksanakan, mereka sendiri tidak ada apa yang baru untuk dijadikan modal menarik sokongan rakyat.

Tak hairan, rakyat melihat Pakatan nak perkenal semula SST dan dalam masa sama mengekalkan Akta berkaitan GST cuma dengan kadar kosong (zero rate) – ini tak pernah dibuat orang.  2/3 negara dalam dunia mengamalkan GST, tak satu pun kadar kosong (zero rate).  Itu satu hal, perkenal semula GST ini tidakkah itu bermaksud rakyat berkemungkinan bayar cukai 2 kali kalau dalam mana-mana tempoh sepanjang 5 tahun pasca PRU14, Pakatan mengenakan GST dari 0% kepada berapa % yang mereka suka memandangkan undang-undang berkaitan tidak dihapuskan?

Semua ini contoh politik Pakatan sedang berterabur dan hilang hala tuju.  Masing-masing berebutkan jawatan belum pun berkuasa dan tak fokus lagi apa yang nak dibuat untuk rakyat.






Satu Komen to Perdana Menteri: Anak Mahu, Bini Mahu, Bapak Mahu, Siapa Peduli Apa Rakyat Mahu?

  1. Memang Baik says:

    Ini adalah satu perjuangan perut. Semua rakyat tahu. mereka tahu, musuh mereka juga tahu. Mereka sedang berlawan , berjuang untuk mendapatkan apa yang mereka mahu. Apa mereka peduli tentang rakyat. Jika mereka berjuang untuk hak rakyat, bagi pihak rakyat, mereka tahu mereka ketiadaan bahan untuk berjuangan kerana mereka sedar rakyat sudah diberi apa yang mereka perlu bawah kerajaan yang ada.

    Mereka mahu kuasa. Rakyat apa mereka peduli kerana mereka berpegang pada iktiqad ahlul sunnah waljamaah tentang hukum qadak dan qadar Allah. Ulamak mereka mengatakan apa yang baik juga yang tidak baik datangnya dari Allah (tentunya dengan huraian yang lain, panjang lebar).REzeki sudah diberi untuk semua sejak dari azali. Ini kita tahu dan yakin malah wajib buat kita menyakini kecuali kita berfahaman berbeza, kecuali kita dari golongan Jabriah atau Qadariah atau Khawarij dan lain2nya.

    Mereka akan berlawan dan akhirnya mereka bakal bercakaran sesama sendiri. Ini kita tahu.

Leave a Reply

Threesome