Menu Utama

Pemerintah Boleh Menghukum Mereka Yang Tidak Berpuasa

Pemerintah Boleh Menghukum Mereka Yang Tidak Berpuasa

Dalilnya;

عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مَرْوَانَ، عَنْ أَبِيهِ: أَنَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ أُتِيَ بِالنَّجَاشِيِّ قَدْ شَرِبَ الْخَمْرَ فِي رَمَضَانَ, فَضَرَبَهُ ثَمَانِينَ, ثُمَّ ضَرَبَهُ مِنْ الْغَدِ عِشْرِينَ, وَقَالَ: ضَرَبْنَاكَ الْعِشْرِينَ لِجُرْأَتِكَ عَلَى اللَّهِ وَإِفْطَارِكَ فِي رَمَضَانَ.

Dari Atha’ bin Abi Maryam dari bapanya, An-Najasyi dihadapkan kepada Ali bin Abi Thalib, dia telah minum khamr di bulan Ramadhan. Ali memukulnya 80 kali, kemudian esoknya dia memukulnya lagi 20 kali. Ali berkata, “Kami memukulmu 20 kali kerana kelancanganmu terhadap Allah dan kerana engkau berbuka di bulan Ramadhan”. [Riwayat Ibnu Hazm dalam al-Muhalla, 6/184]

An-Najasyi adalah seorang penyair, namanya Qais bin ‘Amr al-Haritsi. Dia mengikuti Ali sampai Ali menderanya, kemudian dia lari menuju Mu’awiyah. [Lihat: al-Jami’ li Ahkamis Shiyam, 1/60]

“..Pemimpim Islam (harus) menghukum (orang yang tidak berpuasa) dengan penjara atau mendera atau kedua-duanya..” [Ilmam bi Syai-in min Ahkamis Shiyam, hlm. 1]

Dakwah adalah amar makruf nahi mungkar. Bukan amar makruf sahaja tetapi meninggalkan nahi mungkar.

Mencegah kemungkaran juga termasuk di dalam menjaga agama. Menangkap mereka yang tidak berpuasa sudah tentu termasuk di dalam mencegah kemungkaran.

Kerajaan apakah kita ini jika sesuatu kemungkaran tidak kita tangani padahal kita mampu berbuat sesuatu?

Soal menggunakan dana atau peruntukan untuk mencegah kemungkaran bukanlah bermaksud kerajaan kita langsung tidak melakukan amar makruf dengan membantu golongan miskin atau asnaf. Sebagai menteri sepatutnya kita lebih maklum akan hal sebegini.

Dan sebagai menteri, sesuatu pertanyaan atau cadangan, mereka lebih arif tentangnya ke mana sepatutnya diajukan. Dukacitanya twiter bukanlah saluran rasmi kerajaan kita, bahkan bukan saluran yang baik pun.

Jika dilihat dari hadis di atas, adakah Ali bin Abi Thalib tidak menjaga kebajikan rakyatnya apabila menghukum orang yang tidak berpuasa? Bukankah generasi Nabi dan para sahabat adalah sebaik-baik contoh yang boleh kita ikuti? Hati-hati apabila berkata sesuatu tentang agama padahal kita kurang tahu berkenaannya.

Jadilah contoh kepada rakyat dengan identiti kita yang menjaga agama. Apatah lagi sebagai seorang pemimpin Islam yang memang sudah menjadi tanggungjawab anda sekalian menjaga agama Allah ini.

Kepada siapa lagi yang kami dapat harapkan jika pemimpin sendiri berpendirian tidak perlu mencegah kemungkaran yang berlaku secara terang-terangan?






Leave a Reply