Menu Utama

Pelik, Kenapa PAS-PKR Yg Putus, PAN Pulak Yang Sibuk?

SEPERTI dijangka, soal putusnya kerjasama antara PAS dan PKR ini mendapat perhatian PAN yang “pelik” kenapa PAS masih mahu kekal dalam kerajaan Selangor setelah keputusan itu dibuat.

Yang Azmin taknak pecat 3 Exco PAS tu, dia tak pelik pulak?

Actually, kita bukan peduli.  Pelik-pelik yang macam ini bersepah dalam Pakatan.  Sementara PAN dengan tidak tahu malunya mempersoalkan kenapa PAS masih kekal dalam kerajaan Selangor bila kerjasama dengan PKR diputuskan, benda sama boleh disoal kepada wakil rakyat PAN yang menang atas tiket PAS, kenapa tak letak jawatan bila keluar dari PAS?

Logik soalan tu sama sajakan walaupun situasinya berbeza.

Bagaimanapun yang lebih penting sekali, kenapa PAS dan PKR yang putus hubungan, PAN pulak yang masuk komen?  Ini masalah PAS dengan PKR.  Mereka bentuk kerajaan dalam PRU13, malah kalau tak kerana PAS, Azmin tak jadi Menteri Besar hari ini, pandai merekalah nak selesaikan masalah ni macam mana.  Yang PAN sibuk sangat tu kenapa?

Kalau nak jawatan yang orang PAS sekarang pegang, cakap sajalah.  Biar satu Malaysia tahu ini semua tentang wang, tentang kuasa, tentang kedudukan – mana ada cerita rakyat sama sekali dalam kisah ini.

Cakap terus terang, jangan tunjuk bodoh macam Mahathir boleh?






Leave a Reply

Threesome