Menu Utama

Parti Dia Yg Nak Runtuh, UMNO Pulak Yg Dituduh?

KATA seorang pemimpin Bersatu kepada sebuah portal berita bila mengulas trend keluar secara beramai-ramai oleh ahli parti itu terutama di Perak, “sebenarnya mereka tak berpuas hati dengan keputusan memilih seorang lain untuk jadi Pengerusi (Perhubungan Negeri Perak), jadi ini perebutan jawatan, ini warisan daripada budaya Umno, saki-baki masih ada,”.

UMNO juga.  Tak faham sungguh macam mana parti pembangkang yang bergaduh, UMNO juga yang dituduh?

Ni nak cakap, dalam UMNO mana pernah berlaku ahli keluar parti sebab Pengerusi Perhubungan dilantik?  Nak kira macam itu (keluar parti kecewa tak dapat jawatan), dalam parti lain pun berlaku juga kenapa UMNO saja yang ditunjuk?  Yang kalah pemilihan PAS 2014 dan tubuhkan PAN tu, salah UMNO juga ke?  Atau yang kecewa dengan DAP, sebab tak menang pemilihan tubuhkan PAP (People Alternative Party), itupun salah UMNO juga ke?

Orang-orang yang terlibat menubuhkan PAN dan PAP ni, tak pernah masuk UMNO pun.  Jadi, “warisan daripada budaya” siapa yang mereka tiru?

Justeru, ini jelas cubaan untuk tutup kemaluan sendiri dan UMNO yang dimangsakan.  Tapi nampak bodoh sangatlah kan nampaknya.  Jelas Bersatu ini sedang haru biru dan mereka sedang mencari pihak yang nak disalahkan, UMNO jugaklah yang kena.

Kita nak nasihat, uruskanlah parti itu macam mana yang sesuai, jadi gentleman dan mengaku kelemahan, bukan asyik menuding jari mengalih kesalahan kepada orang lain – yang tidak ada kena mengena walau sebutir debu pun dengan parti itu.

 






Leave a Reply

Threesome