Menu Utama

Pakatan Harapan bakal mereput – Pas

Pakatan Harapan yang diketuai DAP bakal mereput disebabkan pemimpin-pemimpinnya yang gemar bertikam lidah sesama sendiri, selain tidak mahu mengakui diri sendiri adalah punca sebenar perpecahan di dalam blok pembangkang yang sebelum ini turut disertai Pas.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, dengan mahu menyembunyikan kelemahan dalaman yang ada, mereka menjadikan Pas sebagai kambing hitam kononnya adalah punca perpecahan dalam pakatan pembangkang, selain menuduh keengganan Pas menyertai Pakatan Harapan bakal memberi kemenangan mudah kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Malah kata beliau, tiadanya hormat kepada Pas jelas dilihat semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tahun lalu apabila pembangkang turut meletakkan calon daripada PAN untuk bertanding di dua kawasan Parlimen itu yang sepatutnya menjadi milik Pas.

“Langkah kami keluar daripada pakatan mereka adalah tindakan yang betul. Kami keluar bukannya mengikut emosi sebaliknya berdasarkan nas dan bukti-bukti yang me­nunjukkan bagaimana kerjasama yang dipersetujui sebelum ini tidak dihormati.

“Malah sehingga kini masih berlaku pertikaman lidah sesama mereka, dan nampaknya Pakatan Harapan ini akan mereput,” katanya ke­pada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Pre­siden Pas, Idris Ahmad semalam yang menempelak cara po­litik lapuk Pakatan Harapan yang gemar membuat tuduhan dan fitnah, serta bersikap tidak demokratik kerana mengaitkan keengganan Pas menyertai Pakatan Harapan akan memberi kemenangan kepada BN.

Pada masa sama Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Idris dan melihat tuduhan yang dilemparkan oleh Pakatan Harapan terhadap Pas adalah tindakan terdesak.

“Sebolehnya kami tidak ma­hu bercakap mengenai mereka (Pakatan Harapan). Tetapi apabila mereka mula menuduh Pas sebegitu, saya setuju dengan kenyataan naib presiden parti.

“Pelbagai tuduhan yang dibuat oleh Pakatan Harapan itu akan memakan diri. Mereka menyerang Pas kononnya langkah kami keluar pakatan akan memberi kemenangan kepada BN, tetapi sebaliknya di Kelantan dan kebanyakkan kawasan lain Pas sendiri akan berdepan dengan BN,” katanya.

Kata beliau, Pas berada dalam keadaan yang baik dan sedia berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang menerusi Gagasan Sejahtera yang turut di­sertai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang diketuai Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Utusan






Satu Komen to Pakatan Harapan bakal mereput – Pas

  1. sman says:

    Jangan peduli pada mereka ,sekuran-kurangnya sekarang Pas sudah menang dalam melawan nafsu mengejar kuasa,bersubahat dgn penyebar Kristian,fahaman liberal ,pluralisma dan pelaku jenayah seks luar tabie.Itu bukan calang-calang kejayaan tu.Syukurlah .

Leave a Reply

Threesome