Menu Utama

Padanlah Rafizi Sibuk Dgn Logo, Rupanya Minyak Nak Turun

RATA-RATA orang yang melihat 3 cadangan logo Pakatan Harapan yang dikemukakan Rafizi, tidak faham apa yang cuba disampaikan dengan logo tersebut.  Yang pasti, dua dari tiga logo cadangan ini ada macam bayangan air terpercik, entah apa yang cuba disampaikan dengan itu.  Kita fahamlah pesalah seksual ramai dalam Pakatan, tapi takkanlah nak letak ‘gambaran’ tu pada logo kot.

Satu hal lagi, ramai orang tak faham apa kaitan Rafizi dengan logo Pakatan sedangkan dalam masa yang sama, Rafizi telah berjanji akan mengumumkan harga minyak sehari lebih awal dari pengumuman rasmi  setiap minggu.  Macam tak cukup pereka grafik dalam negara ni sehingga hal itu pun Rafizi nak masuk campur juga.

Persoalan itu bagaimanapun terjawab sebentar tadi bila diumumkan harga minyak turun 10 sen/liter – minggu kedua berturut-turut. Padanlah Rafizi sibuk hal logo Pakatan, rupanya harga minyak nak turun.

Ini yang rakyat kena perhatikan dengan sikap pemimpin Pakatan.  Kalau ada kebaikan yang dibuat kerajaan, mereka akan mengelak dari berbincang tentangnya sampai tergamak membangkitkan hal logo yang entah bermula dari mana.

Kok lawa takpe la pulak tu, ini tanya 10 orang, 11 jawab buruk!!

Apapun bercakap tentang logo Pakatan yang ditunjukkan Rafizi  itu,  selain tidak cantik, ia juga tidak akan dicetak di atas kertas undi seperti yang diharapkan semua penyokong Pakatan. Ini semua auta nak mengelirukan rakyat kononnya mereka bersatu padu tapi sebetulnya, habuk pun takde.  Macam logo Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dulu jugaklah, dah kemana logo tu semua sekarang?

Parti Mahathir sendiri duk bercakar sesama sendiri tak habis-habis.  Pendirian Kit Siang dalam skandal Forex masih menjadi tanda tanya diamnya dimana, sebelah Mahathirkah atau apa yang dia perjuangkan selama inikah?  Semua ini masalah, nak cerita logo pulak lagi.






Leave a Reply

Threesome