Menu Utama

Orang Melayu Tidak Lagi Sayangkan Bangsa, Adakah Tanda Mahathir “U-turn” Lagi

AKHIRNYA sikap sebenar seseorang itu akan terbongkar juga. Bangkai gajah tidak akan mampu dapat ditutup. Selama 22 tahun pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad disanjung seolah-olah beliau manusia paling sempurna, paling cerdik, paling handal dan lain-lain lagi.

Namun semua itu kini hanya sejarah apabila beliau akhirnya menunjukan “belang” sebenar. Apabila beliau mula “menjilat” semula segala kata-kata beliau maka dengan sendirinya rakyat dapat menilai peribadi sebenar atau lebih tepat sisi gelap Mahathir.

Kini rakyat Malaysia tahu asas sebenar “perjuangan” Mahathir berkiblatkan kepentingan politik peribadi. Umno pula mempertikaikan ketulenan semangat nasionalisme Mahathir ekoran tindak-tanduknya mutakhir ini. Beliau dilihat mengorbankan prinsip perjuangan beliau demi kepentingan peribadi.

Seluruh rakyat Malaysia tahu betapa bencinya Mahathir terhadap parti DAP. Beliau sendiri mendakwa DAP sebagai parti cauvinis dan perkauman. Kini semuanya berubah. Adakah sikap terlalu benci Mahathir DAP terhadap DAP berubah menjadi terlalu sayang? Atau adakah sebenarnya kepentingan politik peribadi beliau yang sebenarnya mendorong Mahathir terpaksa menerima DAP?

Dr Mahathir kini menjadi antara pengkritik paling lantang terhadap kerajaan Datuk Seri Najib Razak. Mahathir kini sedang gigih menyusun strategi bersama parti pembangkang lain untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang dipercayai akan diadakan tidak lama lagi.

Pada 29 Mei lalu, Dr Mahathir sekali lagi melahirkan rasa bimbangnya terhadap bangsa Melayu yang kini dilihatnya tidak lagi mempunyai semangat kebangsaan sedangkan hakikatnya beliau sendiri telah hilang jati diri dan semangat kemelayuan bagaikan digadaikan kepada Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Mungkinkah Mahathir kini menyesal bekerjasama dengan DAP memandangkan beliau bertindak sentimental menceritakan bahawa beliau membesar di zaman melawan Malayan Union dan membebaskan negara daripada jajahan British, dimana beliau ketika itu bekorban mengunakan wang sendiri untuk berjuang tanpa mengharap apa-apa balasan demi maruah bangsa.

Kita amat maklum bahawa pada konvensyen PKR baru-baru ini, parti itu sebulat suara menyokong Anwar yang kini sedang dipenjarakan sebagai calon PM ke-7. Ketika pengumuman tersebut, kita dapat lihat bagaimana Mahathir kelihatan cukup serba salah atau lebih tepat marah namun terpaksa menyembunyikan nya dengan cara mengambil gambar “selfie” ketika pemimpin pembangkang yang lain sedang mengangkat plakad Anwar PM ke 7.

Kini beliau mengatakan, apa yang berlaku hari ini, orang Melayu banyak berubah dan ramai di kalangan mereka tidak lagi sayangkan bangsa dan negara. Kata-kata tersebut seolah-olah ditujukan kepada diri beliau sendiri. Mungkinkah Mahathir akan melakukan “U-turn” lagi sebelum PRU14 nanti. Kita tunggu dan lihat langkah beliau seterusnya.






Leave a Reply

Threesome