Menu Utama

Nurul Izzah Patut Gesa Bapanya ‘Cuti’ Atau Bersara Terus…

Difahamkan Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly kini dipaksa ‘bercuti’ dari jawatan politiknya gara-gara alasan dituduh terlibat rasuah dan sedang dibicarakan di mahkamah atas pertuduhan tersebut.

Pihak yang bersungguh-sungguh mahu Adam ‘bercuti’ adalah dua Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Seperti yang kita maklum, kedua-dua mereka selalu kelihatan di mahkamah, bukan?

Rafizi sendiri sering dibicarakan di mahkamah. Sudah beberapa kali dia didapati bersalah di mahkamah. Ada kes yang membabitkan fitnah dan kelakuan negatif yang tidak wajar dicontohi, tapi dia tidak bercuti pun dari jawatan politiknya di dalam PKR.

Manakala Nurul Izzah pula, kelibatnya juga sering kelihatan di mahkamah. Ada pertuduhan yang membabitkan dirinya, namun lebih banyak dia hadir kerana bapanya, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sepanjang dibicara kira-kira 7 tahun dan didapati bersalah, tidak ada sekali pun Nurul Izzah mengesa bapanya supaya bercuti dari jawatan Ketua Umum PKR.

Persoalannya, mengapa mereka berdua begitu bersungguh-sungguh mahu Adam ‘bercuti’ dari jawatan kecil seperti itu, sedangkan dia belum pun dijatuhkan hukuman apatah lagi diputuskan sebagai bersalah di mahkamah?

Apakah PKR mengamalkan budaya ‘hanya ikan bilis’ saja yang patut ‘bercuti politik’ apabila terpalit dengan tuduhan di mahkamah? Kenapa mereka sendiri tidak ‘bercuti’ ketika berdiri di dalam kandang tertuduh sebelum ini?

Apakah Rafizi dan Nurul Izzah tidak malu apabila mereka menekan Adam? Sedangkan Ketua Umum PKR yang telah didapati bersalah oleh mahkamah langsung tidak mereka hentam atau membuat gesaan supaya ‘bercuti’ seperti Adam? Kenapa perlu ada sikap ‘pilih kasih’?

Kenapa tidak gesa DAP supaya mengarahkan Lim Guan Eng bercuti dari semua jawatan politik yang dia sandang? Bukankah dia juga sedang menghadapi tuduhan membabitkan rasuah di mahkamah? Guan Eng terlalu istimewa di mata PKR, atau PKR sememangnya takut pada DAP?

Penulis tidak pasti sama ada Adam dari kem Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Azmin Ali atau tidak. Namun jika dia dari kem Azmin, maka tidak hairanlah dia begitu teruk ditekan dan langsung tidak dibela kepimpinan parti itu.

Namun apa yang jelas, kelakuan Rafizi dan Nurul Izzah terhadap Adam amat pelik berbanding pendekatan mereka terhadap pemimpin PKR atau Pakatan Harapan yang lain. Seolah-olah ada udang di sebalik batu? Adam nampaknya ‘mangsa’ terbaru selepas ‘langkah Kajang?






2 Komen to Nurul Izzah Patut Gesa Bapanya ‘Cuti’ Atau Bersara Terus…

  1. Cik Gu says:

    Ini baru KEADILAN

  2. Memang Baik says:

    Harus diingat bahawa mereka memang berpuak2. Individu dipuak mereka terpegang najis pun dikatanya tangan sipolan itu terpercik dodol yang orang lain kacau.

    Yang nyata politik negara telah tercemar ketahap parah. Menjelang PRU nanti rakyat bakal diperdengarkan pulak dengan segala kekotoran didedahkan, fitnah dihambor dan berbagai hal lagi yang boleh terkeluar dari norma2 kemanusian.

    Itulah hakikatnya politik negara kita.

Leave a Reply

Threesome