Menu Utama

NTP: Najib Ada Report Card, Azmin & LGE Ada Apa, IKEA Ka?

SATU ketika dahulu (zaman Mahathir jadi Perdana Menteri), seorang bekas Menteri Besar sebuah negeri di pantai timur dikritik hebat kerana menjadikan pembinaan pasaraya Tesco di ibu negerinya sebagai petunjuk bahawa negeri itu membangun seterusnya menafikan persepsi bahawa negeri berkenaan tidak maju di bawah pentadbirannya.

Masa itu memang kita gelaklah, takkan sebab satu pasaraya dibina, dah kata negeri itu maju?

Ingat selepas itu, tak adalah lagi benda sama berulang (pasaraya dijadikan bukti bijak memerintah), rupanya ada (zaman Mahathir jadi pembangkang) bila difahamkan di Pulau Pinang, sebuah pasaraya IKEA yang bakal dibina di negeri tersebut dijadikan bukti kejayaan memerintah negeri oleh Ketua Menterinya.

Apa benda macam ini, itu bukan bukti kejayaan kerajaan memerintah.  Kalau nak dibanding macam itu, BN lagi berjayalah sebab KL ada dua IKEA!!  Bilalah nak cerdik?

Seharusnya semua ketua kerajaan negeri yang diperintah pembangkang, mengambil tauladan dari cara Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan laporan pencapaian semua program transformasi dibawah pentadbirannya.  Itu baru betul, bukan cerita pasaraya dibina dah kata negeri itu maju.

Menariknya, tak satu pun dari kalangan orang Pakatan yang mempertikaikan laporan pencapaian Najib, itu maksudnya Najib tak tipu dan sememangnya semua pencapaian yang dinyatakan di dalam report card tersebut adalah betul.

Dah beberapa penggal Pakatan memerintah 2 negeri, mana dia bukti kejayaan yang selalu dibayangkan tu?  Setakat bayar bonus 2.5 bulan gaji kepada 17,500 kakitangan awam negeri kurang setahun sebelum pilihanraya umum, itu bukan kejayaan, itu lebih tepat gula-gula pilihanraya.



« (Previous News)



Leave a Reply