Menu Utama

Nilai ekuiti bumiputera Ekuinas RM3.9 bilion

Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) berjaya meningkatkan nilai ekuiti bumiputera melalui aktiviti pelaburannya kepada RM3.9 bilion atau 1.4 kali modal dilabur bagi tahun lewangan berakhir 31 Disember 2016.

Pengerusi Ekuinas, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda berkata, syarikat pengurusan dana ekuiti persendirian berkaitan kerajaan itu juga mencatatkan peningkatan sebanyak RM5.6 bilion atau dua kali modal dilabur dalam jumlah nilai pemegang saham.

Katanya, Dana Ekuinas Direct (Tranche I) terus menunjukkan prestasi mantap, dengan merekodkan pulangan portfolio kasar berjumlah RM466.4 juta, pada Kadar Pulangan Dalaman (IRR) kasar tahunan sebanyak 13.1 peratus dan IRR bersih sebanyak 9.4 peratus melebihi sasaran jangka panjang minima tahunan sebanyak 12 peratus.

“Dana Ekuinas Direct (Tranche II) mencatat pulangan portfolio kasar sebanyak RM331.6 juta dengan IRR kasar tahunan sebanyak 18.1 peratus dan IRR bersih tahunan sebanyak 12.7 peratus,” katanya dalam majlis pengumuman keputusan kewangan Ekuinas di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE






Leave a Reply

Threesome