Menu Utama

Najib beri amanat penting hadapi PRU-14

Semangat UMNO yang bersatu padu, siap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan dirasai dalam sambutan ulang tahunnya ke-71 hari ini dan dijelmakan menerusi perhimpunan besar-besaran anggota yang setia kepada parti di Stadium Nasional Bu­kit Jalil di sini.

Acara tersebut disifatkan oleh pemerhati sebagai perhimpunan terbesar parti dan berkemungkinan yang terakhir sebelum berlangsungnya PRU-14 yang dinanti-nantikan itu.

Kira-kira 140,000 anggota parti dari seluruh pelosok tanah air akan membanjiri stadium itu untuk bersama-sama Perdana Menteri me­rangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperi­ngati penubuhan parti yang sejak lebih tujuh dekad mempertahankan dan memba­ngunkan bangsa.

Acara sambutan dijadual bermula pada 6.45 petang dengan ceramah agama disusuli solat Maghrib berjemaah.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kini menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO sekitar 8.20 malam akan disusuli dengan acara penyampaian hadiah Karnival Sukan dan pertandi­ngan esei krea­tif serta video pendek bersempena sambutan ulang tahun itu.

Pada 9 malam, Ke­tua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijadual menyempurnakan acara larian masuk bendera Sang Saka Bangsa ke dalam stadium sekali gus menamatkan acara larian bendera UMNO itu yang bermula sejak 1 Mei lalu secara serentak di Perlis, Kelantan, Johor dan Sabah.

Hadirin akan memberi sepenuh tumpuan apabila Najib berdiri di rostrum untuk menyampaikan ucapannya yang dijangka sarat dengan mesej perpaduan dan kesinambungan perjuangan parti pada masa depan.

Ia juga dijangka dimuatkan de­ngan kata-kata semangat buat bekalan anggota parti dalam menghadapi PRU-14 yang bakal menjelang di kala UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran yang dilontarkan musuh parti.

Majlis itu juga bakal menyaksikan pelancaran pembangunan Menara 70 Tingkat KL Putra dan pe­nyampaian Anugerah Tokoh Me­layu Terbilang kepada tiga penerima.

Bagi menghargai kehadiran anggota parti, acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM1 juta terma­suk enam kereta dan 10 motosikal akan turut diadakan. – BERNAMA






Leave a Reply

Threesome