Menu Utama

Muslihat DAJAL memberi UMPAN supaya menang PRU14.

oleh Kang Nasir

Sebagaimana yang terjadi diPenang. Begitulah diSelangor. 99.9% umat islam yang NAFSU mereka cenderung menuruti nafsu menganggap UMPAN itu RAHMAT atau REZKI kerana mereka tidak mampu melihat dengan #MataHati. Walhal terlalu banyak peringatan Allah dalam Al-Quran menyebut tentang kemegahan duniawi itu permainan dunia yang melalaikan.

Dalam salah satu peringatan Allah dalam Quran menyebut.
“Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).”
(Al-Baqarah : ayat 212)

Sebelum ini MB Selangor mengumumkan Bonus sebanyak dua bulan setengah gaji atau lebih mudah bonus untuk dirinya berjumlah lebih dari RM70k iaitu bersamaan dengan perolehan gaji rakyat miskin seperti admin sebanyak 36bulan. Pengumuman itu dibuat dalam majlis Hari Guru iaitu untuk mengumpan ustaz-ustaz dan yang lainya. Sambil mendabik dada konon mereka mampu menjanjikan kesenangan duniawi sebagaimana janji dajal mempengaruhi umat islam diakhir zaman nanti.

Kisah lain ada dipautan ini.

Walaupun kenyataannya.
‘Fokus untuk menang p’raya’, tiada kaitan dengan UMPAN. Tetapi hakikatnya dengan UMPAN itulah DaJaL laknat DAP mampu menternak lebih ramai mukmin sehingga sebelum ini Ulama Branded Islam pun terhegeh-hegeh mengharap keredhaan Dajal. Kenyataan beliau dipautan ini.
https://www.malaysiakini.com/news/383273

Sebenarnya perkara ini sudah lama dipenang sekian lama baru inilah ramai yang menyedari pabila mereka mahu umat islam taat beriman kepada mereka dengan mempergunakan Majlis Fatwa dipautan ini.

Rasulullah saw sudah mengingatkan tentang muslihat DAJAL. Mereka bawa umpan dari pandangan mata nafsu umpan itu keberkatan padahal kemudaratan.

Dari Huzaifah r.a, dari nabi s.a.w sabdanya: “Dajal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedangkan air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka.”
(Hadith Riwayat muslim)

Semoga dengan mesej ini para ustaz beringat tentang muslihat mereka. Jika nafsu kita cenderung kepada REDHA ALLAH In’shaa Allah kita tidak mudah diperdaya oleh fitnah mereka. Smga Allah sentiasa melindungi kita semua.

Bersama kita berdoa mohon perlindungan dari fitnah dajjal:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِجَهَنَّمَ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ

“Allaahumma inni a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wa min ‘adzaabinnaari jahannama wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min fitnatil masiihid dajjaal.”

Artinya :
“Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari siksaan kubur, siksa neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan setelah mati, serta dari kejahatan fitnah Almasih Dajjal.”






Leave a Reply

Threesome