Menu Utama

Mahathir, David Teo & Mat Over Pun Tak Kata Insiden Berlaku Kerana Benci Pemerintahan Najib

MENGULAS insiden tampar yang berlaku semasa sesi penerangan TN50 kelmarin, Mahathir berkata “Ini berlaku hanya di zaman Najib kerana semua orang benci pemerintahannya (Najib),

Anehnya, semua yang terlibat dalam kejadian tersebut dari moderator (Datuk Rosyam Nor), yang menampar (Mat Over) dan ditampar (David Teo), tak seorang pun daripada mereka mengaitkan insiden itu (dan kenapa ia berlaku) dengan “benci pemerintahan Najib”.  Ini kenyataan dari orang yang terlibat sendiri ni. Bagaimana Mahathir yang tak berada disitu pulak mengaitkan insiden itu dengan benci pemerintahan Najib?

Malah kalau ikut kenyataan Mat Over, dia sebenarnya mengambil tindakan itu kerana tidak tahan sikap biaDAP David Teo terhadap moderator dihadapan Perdana Menteri.  Mana ada kaitan dengan benci Najib sama sekali, nampak macam sayang Najib lagi adalah.

Let alone, tamparan tu tak kena pun kerana sempat ditahan oleh pegawai keselamatan yang berdekatan.  Nampak tak buruk Mahathir bila bercakap pasal Najib?  Fakta semua ke laut, yang ada disitu pun tak cakap apa yang Mahathir cakap.  Memalukan sungguh bagi orang pada umur yang boleh dianggap sudah dekat sangat dengan liang lahad tapi bercakap macam dirasuk syaitan.

Apa pun rakyat melihat sudah parah benar tahap mental Mahathir sekarang.  Dia tidak ada pun disitu atau melihat rakaman kejadian tersebut tapi cara bagi komen macam dia duduk di depan sekali, menyaksikan kejadian itu dari mula sampai ia berakhir.

Janganlah kita menjadi seperti Mahathir, membuat kenyataan tanpa menyaksikan atau faham dengan apa sebenarnya yang berlaku sebaliknya didorong oleh faktor benci dan dendam semata-mata.

Orang ini (Mahathir), diakui dunia sebagai penyebab sebenar semua masalah yang berlaku di Malaysia sehingga hari ini.  Dari tragedi Memali, krisis ekonomi 1997, rampasan senjata di kem tentera, pergaduhan kaum Kg Medan 2001, Perwaja lingkup, skandal Maminco, skandal BMF, skandal Bank Negara dan sebagainya, semua ini hanya berlaku pada zaman Mahathir.



« (Previous News)



Leave a Reply