Menu Utama

Mahathir Atau Anwar, Siapa Yang Lebih Layak Jadi Calon PM Pembangkang

UKUR baju haruslah dibadan sendiri. Jangan sampai rakyat mempersendakan anda atas sifat tamak haloba sehingga “membutakan” mata anda dari kebenaran. Bukan lagi rahsia bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan penjenayah liwat yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)Tun Dr Mahathir Mohamad pula sudah berusia 92 tahun. Kita amat maklum bahawa seorang yang sudah mencecah usia tersebut tidak layak lagi memimpin negara berdasarkan kekangan kekuatan tubuh badan dan ingatan.

Baru-baru ini, pembangkang yang diketuai DAP telah mengistiharkan bahawa Anwar Ibrahim merupakan calon PM bagi Pakatan Harapan setelah ramai pihak mempersoalkan berkenaan perkara tersebut. Masalahnya kita tahu bahawa sebagai banduan, adalah mustahil Anwar mampu menjadi PM memandangkan beliau tidak boleh bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 14.

Walaupun berbagai helah cuba diberikan oleh pembangkang namun hakikatnya beliau tidak akan mampu berdasarkan status diri beliau yang terkini.

Persoalannya mengapa pembangkang yang dipimpin DAP memilih Anwar Ibrahim manakala Datuk Zaid Ibrahim pula memilih Mahathir? Adakah mereka beranggapan rakyat Malaysia terlalu bodoh sehingga boleh dipermainkan sedemikian rupa?

Atau, adakah pembangkang yang diketuai DAP ini pada hakiki sememangnya terlalu carca marba sehingga gagal membuat keputusan berkenaan perkara yang cukup asas dalam politik memandangkan mereka terlalu pakar berkaitan perkara-perkara yang merosakan negara?

Kini pakatan harapan sendiri dilihat bertelingkah diantara satu sama lain dalam isu calon PM pilihan. Zaid Ibrahim mensasarkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam perkara ini. Beliau menulis di Twitter perasaan tidak puas hati terhadap respon ahli parlimen Pandan itu berhubung kritikan mengenai calon perdana menteri dari pembangkang.

“Jika Rafizi adalah masa depan Malaysia, maka kita benar-benar tak mempunyai masa depan. Inilah orang yang sinis terhadap sesiapa yang beliau tak setuju dengannya,” kata Zaid yang kini merupakan anggota DAP.

Rafizi pula telah mengkritik Zaid semalam kerana membidas tindakan pemimpin pembangkang yang membawa sepanduk “Anwar PM ke-7” pada Kongres PKR di Shah Alam baru-baru ini. Zaid mendakwa tindakan itu sebagai tidak menghormati kehadiran Mahathir dan Muhyiddin dalam program tersebut.

Pertelingkahan antara Zaid dan Rafizi yang mencerminkan sikap tidak matang mereka mengambarkan wajah sebenar Pakatan Harapan yang diketuai DAP. Mereka tidak pernah matang dan waras dalam bertindak. Sudah tentu mereka tidak pernah layak untuk meneraju negara kita.






Satu Komen to Mahathir Atau Anwar, Siapa Yang Lebih Layak Jadi Calon PM Pembangkang

  1. Hanns says:

    Mahathir bapak segala penyangak..
    Anwar peliwat bertopengkan ulamak..
    Kedua mereka sememangnya tak layak..
    Kerana kedua2 mereka ibarat ular didalam semak…

    Andai salah seorang jadi PM kelak..
    Ekonomi lagi sekali akan berselerak
    Depa pakat kaya anak beranak..
    Kita yang marhaen terus merangkak..

    Biarlah pembangkang asyik memekak
    Terpekik terlolong bagai anjing menyalak
    Teguhkan Barisan bersama Najib Tun Razak
    Semangat juang terus bersemarak..

Leave a Reply

Threesome