Menu Utama

Lama Tak Nampak Muhyiddin

PARTI Bersatu Mahathir sedang bergolak.  Seorang dari 7 pengasasnya telah pun meninggalkan parti kerana kecewa dengan cara parti itu diuruskan.  Itu pengasas, ahli biasa dah beribu keluar, dikala jumlah keahlian sebenar parti itu sendiri pun masih menjadi tanya  Di Perak, khabarnya ada pertelingkahan dalaman yang menunggu masa untuk meletup keluar, gara-gara tak puas perlantikan jawatan peringkat bahagian.

Hubungan antara Bersatu dengan komponen lain dalam Pakatan Harapan, masih kabur.  Setelah dilantik sebagai Penasihat bulan lepas, masih tidak nampak apa dia nasihat Mahathir yang dah di dengar Pakatan Harapan.  Yang dibantah tu adalah seperti cadangan parti Melayu mesti menguasai Pakatan.  Mungkin ada satu nasihat Mahathir yang dipakai, itupun bab membantah RUU355, mungkinlah.

Apa pun, ditengah semua ini, bayang Muhyiddin selaku Presiden semacam tidak nampak. Ketika Kamarul Habibur Rahman umum keluar parti, ramai mendesak Muhyiddin bertanggungjawab dan cari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah itu.  Muhyiddin hanya muncul sekali bersama Mahathir selepas itu. Dalam kemunculan itupun, jauh dari nak mengatasi masalah yang menyebabkan Kamarul keluar parti, Mahathir sebaliknya menggalakan lebih ramai keluar kalau tak puas hati..

Muhyiddin sendiri tak bercakap banyak.  Selepas dari itu bayangnya pun tak nampak walaupun Bersatu dikatakan ada program hampir setiap minggu.  Macam tak bersemangat saja nampaknya.  Kalau dikatakan macam menjauhkan diri pun mungkin juga.

Persoalannya, apakah kehilangan ini ada kaitan dengan pergolakan dalaman parti atau Muhyiddin baru sedar bahawa dia hanya alat untuk dipergunakan. yang sebenarnya nak dinaikkan Mahathir ialah orang lain?  Tolong jangan kata Muhyiddin bergerak secara diam, ini bukan parti besar gajah tapi besar tikus, mana boleh bergerak diam-diam.  Mungkinkah selepas perbincangan dengan PAS (dimana Muhyiddin menjadi kepalanya) gagal, Muhyiddin tidak lagi dihormati.  Kurang-kurang Mahathir berjaya juga jadi alat DAP.

Gaya Muhyiddin macam Bersatu ini sudah popular dan dia sudah boleh bergoyang kaki.  Ahli keluar hampir setiap hari, adakah itu yang dianggapnya popular?  Bercanggah dengan Mahathir yang nampaknya tidak kenal penat untuk mengukuhkan Bersatu dari depan, tak sedar Bersatu ibarat bocor kapal bocor di belakang dengan insiden ahli keluar parti yang tidak nampak berkurang.






Satu Komen to Lama Tak Nampak Muhyiddin

  1. Memang Baik says:

    Ini party jenis cap ayam. Walau pun mereka pakai logo bunga tapi hakikatnya mereka tergolong dalam kategory cap ayam/ party carca marba yang ditubuh secara tergesa2 untuk menafaat perut tapi dikait dengan missi membela rakyat. Apa yang dibuat, apa yang mereka bela hingga kehari ini langsong tak nampak apa2.

    Sekurang2nya parti PKR tertubuh walau dengani hasil emosi tetapi impaknya nampak untuk dilihat. AnwarIbrahim dikeluar dari kelompok asal diiringi dengan tangis dan emosi walau pada hakikatnya AnwarIbrahim tersingkir kerana dia seorang penggemar jubur. Bukan sebab lain.

    Dalam hal parti bunga itu tersingkirnya Midin tanpa tangis, terbuangnya Mukhriz tanpa kesalan, walau tak ada nampak sesiapa yang ketawa, tetapi tentu ramai yang ketawa dibelakang.

    Parti ini umurnya terhad. Ia akan berakhir selepas PRU14.

Leave a Reply