Menu Utama

Khutbah menyeru jemaah terjun keneraka angkara fitnah terhadap agama.

oleh Kang Nasir

Dunia diakhir zaman Fitnah dijadikan amal ibadah.
Dalam khutbah pun sempat berdakyah menghasut mengajak umat islam memburu kepentingan dunia dengan mengorbankan kesucian agama. Sedangkan diawal mula khutbah mengajak makmum supaya kembali kepada islam dengan bertaqwa kepada Allah sebenar-benar taqwa.

Dizaman awal mula islam dakwah islam dulu. Para sahabat Rasulullah saw, mereka semua mengorbankan harta benda jiwa raga demi menegakan syiar islam. Sebaliknya para imam para ulama politik PakSalaf & PakWahab hampir semua berlumba-lumba melahap sumber haram dengan dakyah mereka mengorbankan kesucian agama memburu kemegahan duniawi.
Astaghfirullahaladziim.

Kita sekarang sengaja diajak oleh mereka terjun keneraka dengan menjauhi amalan-amalan islam mengikut kafir dengan mengamalkan sebagai mana orang kafir amalkan. Masjid-masjid jauh dari hidayah Allah angkara kerakusan nafsu mereka dan dari mereka itulah punca FITNAH. Dalam hadis #FitnahAkhirZaman Rasulullah saw ada mengingatkan.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata:
Telah bersabda Rasulullah saw.; “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.
(H.R al-Baihaqi)

Sedutan khutbah dipautan ini.

Kebanyakan mereka adalah TAHFIZ. Mustahil mereka langsung tidak faham maksud surah At Takathur & Surah Al Humazah serta berpuluh-puluh peringatan Allah dalam Quran kemegahan dunia punca kita lalai?

Malah diawal surah Al Humazah itu pun Allah dah beri amaran. Allah melaknat orang yang melaknat kerana memburu kemegahan dunia.
“Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;”
(Al Humazah ayat 1-2)
Dengan kongsian ini. Saya merayu kepada sahabat-sahabat. Jika anda mempunyai kelapangan. Marilah kita sama-sama buat lapuran kepada polis dan jabatan agama islam agar perkara ini tidak lagi berulang kerana kesanya memudaratkan saudara-saudara kita yang percaya inilah kebenaran yang diperjuangkan dalam tuntutan islam agar menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Menangkis #FitnahAkhirZaman dalam #MissiMemburuSrigala






Leave a Reply

Threesome